SEORANG bekas pengawal peribadi kepada penyanyi terkenal Mariah Carey mengancam untuk menyaman bintang itu.
Memetik laporan Daily Mail, Michael Anello mendakwa dia menerima gangguan seksual oleh Carey dan dimalukan dengan panggilan ‘Nazi skinhead’.
Anello mendakwa Carey memakai pakaian seksi dan jarang ketika menyuruhnya memindahkan bagasi ketika di Cabo San Lucas.
Anello yang tidak selesa dengan pakaian Carey mahu meninggalkan bilik penyanyi itu tetapi dia tetap memaksa Anello memindahkan bagasinya.
Anello nekad keluar dari bilik itu dan tiada apa yang berlaku.
Selain itu, Anello mendakwa Carey berhutang dengan firmanya - Anello Security & Consulting - sejumlah kira-kira AS$221,000.
Difahamkan, Carey mengambil syarikat milik Anello sebagai firma keselamatan dari 2015 hingga 2017, tetapi terdapat perjanjian untuk menyambung kontrak tersebut dengan bayaran yang lumayan.
TMZ melaporkan tuntutan mahkamah telah didraf tetapi ditangguhkan kerana proses rundingan sedang berlangsung.
Syafique Shuib
Thu Nov 09 2017
Michael Anello mendakwa Carey memakai pakaian seksi dan jarang ketika menyuruh beliau untuk memindahkan bagasi ketika di Cabo San Lucas.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Mariah Carey diugut saman oleh bekas pengawal peribadi
Michael Anello mendakwa Carey memakai pakaian seksi dan jarang ketika menyuruhnya memindahkan bagasi ketika di Cabo San Lucas.