MENEPATI ramalan, Kiut telah dinobatkan sebagai juara program Gegar Lawak 2018.
Kemenangan itu sekaligus melayakkan Kiut yang dianggotai oleh Hanaffi, Zam dan Tapai membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.
Kiut turut merangkul anugerah ‘Man On Demand’ buat kali kelima.
Manakala satu-satunya peserta wanita, Eyya, mengejutkan apabila diumumkan sebagai naib johan yang memenangi wang tunai sebanyak RM25 000 berserta trofi.
Tempat ketiga pula jatuh kepada Abata membawa pulang wang tunai berjumlah RM15 000 dan trofi.
Sementara Padil dan 2B terpaksa berpuas hati di tempat keempat dan kelima.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 dan trofi.
Pada pentas akhir ini, peserta dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan dengan Bebas dan Muzikal.
Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.
Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.
Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap manakala Nabil Ahmad sebagai juri jemputan.
Gegar Lawak telah bersiaran secara langsung bertempat di Studio Sound Stage, Finas.
Program ini juga disiarkan menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).
Gempak
Sat Mar 17 2018
Kiut dinobatkan sebagai juara program Gegar Lawak 2018.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam
Susah senang Fad dengan arwah Abam tiada siapa yang tahu...
"Kalau tak suka boleh block kami..." - Fad Bocey nafi meratapi pemergian Abam
Jangan tengok kalau tak suka!
'Rupanya video ni Abam tinggal buat kenangan' - Isteri Fad kongsi momen terakhir Bocey bersama Abam
Syahira berkongsi momen tersebut menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
'Separuh jiwa Fad hilang' - Luluh hati isteri lihat keadaan Fad kehilangan Abam
Asyik ulang Abam dah tak ada.
Fad dan Achey luah kesedihan, seakan tidak percaya pemergian Abam Bocey
Fad dan Achey Bocey sukar untuk menerima pemergian Abam selepas pelawak itu disahkan meninggal dunia awal pagi ini di kediamannya di Gombak.
Peluk puas-puas - Isteri Fad Bocey sebak kongsi momen terakhir pembantu rumah bersama anak-anak
Sebaknya, lagi-lagi part peluk tu.
Fad Bocey masuk hospital
Semoga segera sembuh..
Kupas topik kehamilan, Fad & Sya pengacara rancangan Pa & Ma musim ke-4
Bagi musim keempat, rancangan Pa & Ma mengupas topik-topik kehamilan dari trimester pertama hingga ketiga dan berkongsi pandangan bersama pakar, komuniti dan kumpulan sokongan.
Fad Bocey tepati ramalan, juarai Super Spontan Xtravaganza
Yeay! Tahniah Fad Bocey, RM100,000 milik anda!
Kiut menangis diumum juara Gegar Lawak 2018
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Kiut yang dianggotai oleh Hanaffi, Zam dan Tapai membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi.