Bintang pop, Kesha melancarkan single baharu yang pertama dalam tempoh tiga tahun pada Jumaat lalu, selepas tewas perbicaraan awal bulan ini untuk membatalkan kontrak rakaman beliau dengan Sony Music dan pengeluar Dr Luke, yang dituduh melakukan serangan seksual.

Kesha, 29, bekerjasama dengan DJ Zedd dalam singlenya, 'True Colors', yang dikeluarkan di bawah Sony Corp Sony Music Entertainment, dan Dr Luke Kemosabe Records.

Menerusi satu kenyataan di laman Twitternya, Kesha berkata beliau amat tergerak untuk menyebarkan mesej yang terkandung dalam 'True Colors' itu.

"Kata-kata #truecolors begitu mendalam, jadi saya terpaksa menyebarkan mesej jati diri yang indah itu," tulis beliau.


Kesha turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan industri hiburan serta peminatnya kerana sentiasa memberi sokongan.


Februari lalu, mahkamah mengambil keputusan untuk tidak membebaskan penyanyi antarabangsa Kesha daripada kontraknya bersama sebuah label di bawah syarikat rakaman gergasi, Sony.

Ia berikutan kes mahkamah antara Kesha dan penerbit muzik dan pemilik label Kemosabe Records, Lukasz Sebastian Gottwald atas kes gangguan fizikal dan seksual.

Susulan itu, netizen melancarkan kempen #FreeKesha dan #SonySupportsRape di media sosial untuk menyatakan sokongan kepada Kesha.

Lagu 'True Colors' kini boleh didapati di Spotify dan Apple Music.