“Dengan bakat yang Umai ada, saya nak orang kenali Umai sebagai Umai. Biarlah Mak Iti menjadi idola dia.”
Itu kata-kata ibu Ummi Umairah, Siti Saerah Tarudin, yang ingin anak sulungnya itu dikenali kerana bakatnya dan bukan kerana ibu saudaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Apabila ditanya sama ada Umairah ataupun lebih mesra disapa Umai mempunyai potensi untuk menjadi pengganti penyanyi nombor satu negara itu, Saerah hanya berkata masa Umai sebagai penyanyi masih panjang lagi.
“Jika kami nak katakan pengganti, kami tidak pasti apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang.
“Masa Umai masih panjang. Apa yang saya harapkan adalah Umai buat yang terbaik.
“Bakat yang dia ada saya nak orang kenali Umai sebagai Umai, biarlah Mak Iti dia menjadi idola dia,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di rakaman program Ceria Megastar Ministar pada Ahad.
BACA: Kemerduan suara Umairah persis Siti Nurhaliza
BACA: Siti Saerah gembira disahkan hamil
Tambah Saerah, Ceria Megastar Ministar merupakan pertandingan pertama yang disertai Umai dan amat berbangga dengan pencapaiannya.
Saerah, yang turut bergelar penyanyi, memberitahu bakat menyanyi dalam diri Umai memang hadir sejak beliau berusia empat tahun dan lagu pertama yang sering dinyanyinya merupakan lagu ‘Let It Go’ dari filem ‘Frozen’.
Memandangkan anak kecil itu mempunyai minat dan nyata dikurniakan bakat, Saerah tidak menghalangnya untuk berjinak-jinak dengan dunia nyanyian meskipun mempunyai jadual persekolahan yang padat.
“Memang tidak menjadi masalah kerana nenek Umai sediakan jadual untuknya, seperti masa untuk berlatih menyanyi, ada masa untuk mengaji dan ada masa untuk dia ke sekolah.
“Jadi ia bukan masalah buatnya dan kerana minat, Umai tidak terfikir ia satu bebanan buatnya.
“Umai gembira dengan apa yang dia buat,” tambah Saerah.
Sementara itu, penyanyi cilik yang mempunyai suara persis ibu saudaranya itu mendedahkan menyanyi hanya sekadar hobi kerana beliau bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu.
“Idola Umai tentunya Mak Iti dan ibu.
“Sebenarnya Mak Iti tidak ajar Umai menyanyi, Umai nyanyi sahaja. Jika berjumpa dengan Mak Iti baru kami berlatih.
“Mak Iti bagi nasihat supaya yakin, ‘feel’ dan jangan takut-takut,” kata Umai.
Ceria Megastar Ministar merupakan rancangan realiti pertandingan nyanyian kanak-kanak yang bersiaran mulai 14 Jun lalu di saluran Astro Ceria 611, Prima 105, Prima HD 121 dan Astro Go pada setiap Jumaat jam 9 malam.
Rancangan itu di dihoskan oleh Nabil bersama dua juri tetap iaitu Datuk Aznil Nawawi dan Zizan Razak.
Isabelle Leong
Sun Jul 07 2019
Ummi Umairah di samping ibunya, Siti Saerah yang juga merupakan pengurusnya. - Foto ASTRO AWANI/ISABELLE LEONG
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Tahniah! Eiffel juara Ceria Megastar Ministar musim pertama
Eiffel mengalahkan Ministar Cici pada pusingan 'battle', sekali gus Cici terpaksa akur bergelar naib juara.
Kenali Umairah sebagai dirinya, bukan kerana Mak Iti - Siti Saerah
Saerah, yang turut bergelar penyanyi, memberitahu bakat menyanyi dalam diri Umai memang hadir sejak beliau berusia empat tahun.
Nabil tidak keberatan jadi mentor Ceria Megastar Ministar, El
Nabil nyata kagum dengan bakat yang dimiliki El atau nama penuhnya, El Farabi Faeez Muhammad Faeez dan satu kerugian jika bakat anak kecil itu tidak digilap dengan baik.