"I'M NOT feeling good (Saya rasa tak sihat)."

Itu kata-kata bintang pop Amerika Syarikat, Katy Perry sebelum pengsan semasa sesi uji bakat American Idol.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dark Horse itu dilaporkan pengsan akibat terhidu gas.

Menerusi laporan Fox News, ketika kejadian Katy sedang duduk bersama dua lagi juri rancangan tersebut dan berkata dia terhidu bau gas.


Mereka kemudianya keluar dari bilik uji bakat dan mengarahkan semua peserta yang hadir untuk keluar dari situ.

Dalam rakaman itu, Katy yang berada di lokasi berkumpul di luar venue tiba-tiba rebah.


.

Ada peminat yang bersimpati apa yang menimpa penyanyi tersebut dan mendoakan supaya penyanyi tersebut dalam keadaan baik.

Namun pada masa sama ada sesetengah peminat yang merasakan bahawa ia adalah lakonan semata-mata untuk menaikan rating rancangan realiti tersebut.