PELAKON popular Bollywood Priyanka Chopra, sekali lagi dipilih sebagai Wanita Paling Seksi Di Asia menerusi akhbar Eastern Eye, London.

Menurut laporan akhbar tersebut, Priyanka Chopra telah menduduki tempat pertama dalam senarai 50 orang tercantik dan seksi sepanjang tahun 2017.

Gelaran itu dipertahankan oleh Priyanka selama lima tahun berturut-turut.

"Saya bersyukur dengan penghargaan yang diberikan, terima kasih kepada ibu dan ayah yang banyak membantu. Tanpa ibu dan ayah mungkin saya tidak akan berada di sini dan mencapai apa yang saya inginkan dalam kerjaya.

"Terima kasih kepada mereka yang memilih saya untuk memenangi anugerah ini selama lima tahun berturut-turut," katanya.

Priyanka juga berjaya menewaskan beberapa nama besar lain selebriti India iaitu India Nia Sharma dan Deepika Padukone.

Sebelum ini, Priyanka juga pernah menjadi wanita paling cantik dunia apabila memenangi gelaran Miss World pada tahun 2000.

Sumber: Eastern Eye