PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau 'mencabar' seorang bekas pelakon ‘Friends’ untuk kembali bergasak, untuk mengulang semula kejadian sewaktu zaman kanak-kanak mereka.

Trudeau membuat kenyataan itu di akaun Twitternya sempena April Fool’s yang ditujukan kepada pelakon Matthew Perry yang melakonkan watak Chandler Bing dalam sitkom televisyen popular itu.

“Siapa yang tidak mahu memukul Chandler?” tanya Trudeau di Twitter.


Perry kemudian membalas tweet itu dan menolak perlawanan itu kerana Trudeau sebagai ketua negara kini mempunyai satu pasukan tentera.


Kenyataan Trudeau dibuat selepas Perry mendedahkan bahawa beliau pernah memukul Trudeau ketika mereka masih kanak-kanak sewaktu belajar di sekolah rendah yang sama di Kanada.

“Kawan saya (Chris Murray) berkata bahawa kami berdua pernah memukul Trudeau.

"Ketika itu beliau berjaya dalam arena sukan dan kami seakan cemburu dengan kejayaan beliau,” kata Perry dalam program bual bicara Jimmy Kimmel Live pada bulan lalu.

Perry turut meluahkan kekesalan dengan tindakannya ketika itu.