ISTERI kepada vokalis kumpulan rock lagenda Search, Norhasniza Hassan mengakui menggunakan intonasi suara yang tinggi selepas menerima provokasi daripada Yazit.
Norhasniza ketika ditemui Astro Gempak berkata, Yazit ada menghubunginya beberapa kali dan meninggalkan pesanan suara sebelum dia membuat panggilan semula kepada pemain drum kumpulan Search itu.
“Ya, Yazit ada menghubungi saya beberapa kali tetapi saya tidak menjawab panggilan darinya kerana sedang tidur. Saya baru pulang dari Johor Bahru dan tertidur kerana keletihan.
“Bagaimanapun selepas saya melihat ‘missed called’ dan mendengar pesanan peti suara daripada Yazit, saya terus menghubungi dia.
“Saya akui hilang sabar selepas di’provoke’ Yazit yang berkali-kali menyebut Search penipu dan menipu selain mengeluarkan beberapa perkataan yang tidak sedap didengar terhadap suami dan Search.
“Sebagai seorang isteri, reaksi saya ketika itu adalah untuk mempertahankan maruah suami,” katanya ketika diminta menjelaskan mengenai dakwaan Yazit terhadapnya menerusi laporan polis baru-baru ini.
BACA: Search beri amaran Yazit mohon maaf secara terbuka
Bagaimanapun menurut Norhasniza, dia enggan mengulas lanjut lagi mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.
“Sudah cukuplah tohmahan dan fitnah saya terima selepas berita mengenai laporan polis Yazit itu tersebar. Saya cukup terkilan apabila ada yang turut melibatkan suami (Amy) dan sekolah tahfiznya,” ujarnya ringkas.
Dalam pada itu pemain gitar Search, Nasir Daud menganggap Yazit tidak berfikiran waras ketika melakukan sesuatu tindakan.
“Sebelum dia hubungi isteri Amy, dia hubungi saya dahulu dan terus bercakap melulu tanpa bertanya dan usul-periksa. Saya letak telefon kerana saya tidak mahu bergaduh.
“Saya adalah kawan dia yang paling rapat dalam Search dan kami kenal sebelum Search ditubuhkan lagi. Saya tidak sangka dia sanggup menuduh kami melakukan jenayah dan ingin ‘sumbat’ kami yang dianggap keluarga ini ke dalam penjara?
“Saya orang yang hantar duit-duit bayaran kepada dia dan bagaimana dia boleh tuduh kami lupakan dia? Saya tidak tahu nak kata apa kerana...saya betul-betul terkilan dan kecewa dengan tindakan dia,” katanya.
Tambah Nasir, setiap konsert yang dijayakan akan dibahagikan sama raya dan 20 peratus bahagiaannya pada konsert akan dibayar kepada pemuzik yang menjadi pengganti Yazit.
“Saya tidak tahu apa yang Yazit mahu sebenarnya kerana dia macam nak musnahkan kumpulan yang dia bina dahulu.
“Dia sepatutnya bersyukur. Ketika konsert di Istana Budaya dahulu kami beri pada dia RM47,000 walaupun dia hanya main empat lagu sahaja. Kami yang sihat ini masih bekerja dan berkongsi rezeki yang kami dapat bersama dia,” katanya kecewa.
Yazit sebelum ini membuat laporan polis mendakwa berlaku pecah amanah Search terhadap dirinya dan tidak menerima bayaran untuk konsert 35 Tahun Search serta ‘bahagiannya’ yang lain.
Gempak
Thu May 12 2016
Yazit (kanan) sebelum ini membuat laporan polis mendakwa berlaku pecah amanah Search terhadap dirinya dan tidak menerima bayaran untuk konsert 35 Tahun Search. - Foto Astro Gempak
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Konsert Search 35 Tahun: Search batal kolaborasi bersama AFJETS
Kumpulan rock lagenda Search, mengumumkan telah menghantar notis pembatalan konsert kepada penganjur Konsert Search 35 Tahun, AFJETS Sdn. Bhd.
Yazit enggan mohon maaf, serah pada Search untuk tindakan seterusnya
Yazit Search enggan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut kumpulan rock lagenda itu, semalam.
Isteri mana yang tidak marah bila suami ditohmah - Isteri Amy Search
Isteri Amy Search, Norhasniza Hassan mengakui menggunakan intonasi suara yang tinggi selepas menerima provokasi daripada Yazit.
Search beri amaran Yazit mohon maaf secara terbuka
Vokalis Search Amy mewakili ahli kumpulannya yang lain, memberi amaran kepada pemain drum mereka, Yazit untuk mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.