PENYANYI Amy Search mengesahkan bahawa isterinya, Norhasniza Hassan kini sedang hamil sebulan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Amy berkongsi berita gembira itu dan berharap orang ramai dapat mendoakan kandungan isterinya.

"Isteri saya mengandung sebulan. Yeahhhhh!. Saya selalu berdoa bila umur saya 60 tahun nak sorang anak lagi.

"Korang semua doakan semoga saya berjaya," tulisnya.

Isteri aku mengandung sbln yeahhhhh!!!!


Rata-rata peminat mengucapkan tahniah pada Amy dan isteri serta mendoakan kandungan itu sentiasa sihat.

Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama, Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Foto: Instagram