FILEM adiwira terbaharu Raja di lautan Atlantis iaitu ‘Aquaman’ arahan James Wan, lakonan Jason Mamoa sedang mengutip kutipan pecah panggung di pawagam sekarang dan mendapat kritikan positif untuk filem dalam franchise DC Extended Universe (DCEU) ini.

Dunia adiwira DCEU dilancarkan oleh DC pada 2013 dimulakan dengan filem Superman ‘Man of Steel’ arahan Zack Snyder dan lakonan oleh Henry Cavill. Filem-filem di dalam franchise DCEU ini terkenal dengan mood series dan jugak agak dark.

Setakat ini filem DCEU yang mendapat respon paling positif di laman rating filem, Rotten Tomatoes adalah filem ‘Wonder Woman’ lakonan Gal Gadot yang ditayangkan pada tahun 2017 dan mendapat rating 93 peratus di Rotten Tomatoes.

Walau bagaimanapun, ada filem DCEU mendapat rating dan kritikan yang sangat negatif dari pengkritik filem dan juga peminat filem adiwira sendiri.

Anda tentukan sendiri, filem mana yang paling berbaloi berkedudukan teratas dan kenapa!

BACA: Tarikh tayangan 'Wonder Woman 1984' ditunda ke 2020

BACA: Trailer filem Aquaman, Shazam dipertonton sempena Comic Con


Rating filem-filem didalam DCEU berdasarkan Rotten Tomatoes. Adakah anda bersetuju?

Adakah anda bersetuju dengan rating filem adiwira didalam franchise DCEU ? atau anda mempunyai rating dan pendapat anda sendiri bagi filem adiwira DCEU ini ? Kongsikan bersama kami.