Perjalanan penyanyi Raja Azura dalam program Gegar Vaganza musim ke empat (GV4) terhenti pada konsert minggu ketiga apabila diumumkan terkeluar dalam pertandingan itu malam tadi.

Raja Azura menyanyikan lagu nyanyian asal Pussycat Dolls berjudul Perhaps Perhaps Perhaps mendapat markah terendah daripada juri profesional.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi permakahan juri yang terdiri dari Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk Yusof Haslam tampil sebagai juri jemputan.

Artis yang mara ke minggu hadapan ialah Liza Hanim, Firman, Hazami, Lan (Kristal), Tia (Jinbara), Aishah, Syura, Haida, Aqasha, dan Elyana.

GV4 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).