SIAPA yang tidak kenal dengan bintang realiti dan ahli perniagaan, Kylie Jenner.

Kekayaan luar biasa yang dimilikinya sehingga membolehkannya membeli apa sahaja yang diingini tidak dapat dinafikan.

Bagaimanapun, tindakan pemilik jenama kosmetik, Kylie Cosmetic memuat naik fotonya beraksi bersama enam buah kereta mewah miliknya dikritik netizen.

Ramai netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap Kylie yang gemar menayang kemewahan selain menganggap tindakan itu hanya mahu menunjuk-nunjuk.

Selain itu, mereka juga mencadangkan agar adik tiri kepada Kim Kardashian itu menggunakan wangnya itu dengan membantu mereka yang lebih memerlukan.

Antara kereta dimilikinya ialah dua buah Range Rover, Rolls Royce, Porsche, Lamborghini dan Ferrari.

freaky friday

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on


BACA: Kekayaan lebih RM4 bilion jual kosmetik, Kylie Jenner kini bilionair termuda!

Kylie Jenner sebelum ini melakar sejarah tersendiri apabila tercatat sebagai jutawan bertaraf bilionair termuda atas usaha sendiri di Amerika Syarikat menerusi jenama kosmetik sendiri.