Mungkinkah kerjaya dan populariti Kevin Spacey sebagai aktor Hollywood tersohor kini di ambang kehancuran selepas pelakon Anthony Rapp mendakwa Spacey pernah cuba untuk menidurinya ketika beliau berusia 14 tahun.

Spacey yang sudah mula bergelar pelakon ketika itu pula berusia 26 tahun.

Respon Spacey terhadap dakwaan ini ialah tindakan luar kawalan itu ialah susulan kelakuan melampau sewaktu beliau sedang mabuk.

Ini apa yang kami tahu setakat ini:

Spacey mengaku beliau seorang 'gay'

Spacey menerusi laman Twitter peribadinya menzahirkan permohonan maaf kepada Rapp dan memaklumkan beliau langsung tidak mengingati insiden tersebut gara-gara ia berlaku lebih 30 tahun lalu.

Spacey turut membuat pengakuan bahawa beliau merupakan seorang 'gay'.

Siapa Anthony Rapp?

Rapp merupakan seorang aktor Broadway dan pelakon drama TV bersiri, Star Trek: Discovery.

Beliau mula berkecimpung dalam industri filem sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 1986 sewaktu beliau bertemu Spacey di satu majlis sosial di Manhattan, New York.

Netflix tamatkan siri drama House of Cards

Netflix mengumumkan syarikat tersebut bakal menamatkan drama bersiri, House of Cards menjadikan musim keenam yang sedang menjalani penggambaran ketika ini sebagai musim terakhir.

Netflix sebagai memetik laporan BBC turut berkata, saluran itu “sangat terganggu” dengan tuduhan terhadap Spacey.

Begitupun, sumber yang dipetik Agence France-Presse (AFP) mendakwa bahawa keputusan untuk menghentikan siaran House of Cards dibuat bukan kerana pendedahan Rapp.

Laporan AFP itu turut memetik sumber itu sebagai berkata, keputusan itu sudah dicapai sebelum skandal ini tercetus.

Penerbit sedang rancang ‘spin-off’ House of Cards

Sekurang-kurangnya, tiga spin-off daripada siri House of Cards sedang dalam perbincangan awal pihak penerbitan drama Media Rights Capital, lapor portal antarabangsa, Variety.

Konsep pertama melibatkan watak Doiug Stamper, seorang setiausaha politik yang dimainkan Doug Stamper.

Eric Roth yang sinonim dengan filem, Forrest Gump dilaporkan diberi tanggungjawab menulis siri baharu berkenaan.

Bagaimanapun, tiada perkembangan tentang dua lagi spin-offs itu lagi.

House of Cards sedang menjalani penggambaran di Maryland, Amerika Syarikat

House of Cards merupakan antara drama yang memberi impak besar kepada kerjaya Spacey.

Di adaptasi daripada siri terbitan BBC ia mula ditayangkan pada 1 Februari, 2013.

Sehingga kini, drama itu sudah memperoleh 46 pencalonan Emmy dan Golden Globe.

Ia merupakan siri pertama terbitan Netflix dan disifatkan antara siri terbaik syarikat itu. Netflix tidak mendedahkan jumlah tontonan yang diraih House of Cards.

Ketika ini, pengambaran musim keenam sedang giat dijalankan di Maryland.

Tarikh tayangan musim terbaharu itu masih belum diumumkan namun kebiasaannya tayangan perdana musim selalunya dibuat sebelum bulan Mei.

BACA: Kevin Spacey apologizes after actor says he was subjected to sexual advance when only 14

BACA: Didakwa 'pancing seks' remaja lelaki: Pelakon Kevin Spacey mohon maaf

Apa kata peminat tempatan?

Impak House of Cards cukup besar. Peminat drama di seluruh dunia turut merasai keputusan Netflix itu.

Produser dan pelakon filem popular tempatan, Datuk Afdlin Shauki meluahkan rasa kekecewaan beliau selepas jangka hayat House of Cards "dipendekkan".

“Potong stim! That's what I can say about House of Cards being pulled from the network, this is one of the most intriguing political dramas I have watched since Scandal and will be sorely missed!," kata pelakon dan produser filem, Datuk Afdlin Shauki dalam satu mesej ringkas kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Afdlin merupakan peminat drama bersiri itu dan setakat ini sudah selesai menonton musim keempat.

("Potong stim!" Itu sahaja yang mampu saya katakan mengenai penamatan siri House of Cards ini. Ia merupakan drama bertema politik yang paling menarik selain drama Scandal dan akan dirindui.)

Batal anugerah kepada Spacey

Badan pengiktirafan filem, International Emmy Founders Award 2017 memutuskan untuk membatalkan hasratnya untuk menganugerahkan penghargaan khas kepada Spacey.

Pengumuman tersebut dibuat di laman Twitter (twitter.com/iemmys) hari ini.
Family Guy sudah jangka

Ketika ramai yang nyata terkejut dengan pendedahan Rapp, barisan penulis siri “Family Guy” yang diketuai Seth MacFarlane mungkin bersikap sebaliknya.

Dalam satu pautan di Twitter jelas menunjukkan babak di mana karektor “Stewie” (seorang bayi dalam siri berkenaan berlari sambil melaungkan dialog "Help! I've escaped from Kevin Spacey's basement! Help me!"
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada status itu mempunyai apa-apa kaitan dengan dakwaan Rapp atau aktor berkenaan ada kecenderungan untuk meniduri remaja bawah umur.