JIKA pada kebiasaannya, selebriti K-Pop membuat kejutan untuk peminat tatkala mengadakan persembahan, lain pula yang berlaku di konsert “WINNER [CROSS] Tour in Kuala Lumpur” di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi.
Kali ini, Inner Circle (nama fandom WINNER) Malaysia pula yang mengejutkan idola kegemaran mereka pada Sabtu.
Inner Circle Malaysia yang juga dikenali sebagai MyPrideWinner tampil dengan kejutan awal hari jadi buat ketua kumpulan WINNER iaitu Yoon yang menyambut kelahiran pada 21 Januari.
Ia merupakan sebahagian daripada “fan project” yang diiringi sebiji kek dan nyanyian lagu “selamat hari jadi” dalam Bahasa Korea.
“Kek tersebut direka pereka kami untuk menyambut hari jadi ke-27 Kang Seung Yoon.
“Corak kartun anjing pada kek tersebut sebenarnya merupakan anjing peliharaan Yoon yang bernama Thor,” kata wakil daripada MyPrideWinner apabila dihubungi Astro AWANI di laman Twitter pada Sabtu.
Tentunya, usaha peminat WINNER Malaysia tidak sia-sia!
Yoon sungguh gembira dengan kejutan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.
“Ia bukan hari jadi saya, tetapi terima kasih atas segala ucapan hari jadi.
“Ini merupakan antara sambutan hari jadi yang paling gembira buat saya.
“Terima kasih kerana mencipta memori indah ini. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bersama kalian pada konsert jelajah ini,” kata Yoon.
Katanya lagi, beliau berharap peminatnya akan menyimpan memori indah tersebut dalam kenangan.
“Setiap momen bersama ialah momen indah buat kami.
“Saya berharap kalian akan mengingati momen ini sehingga kita berjumpa lagi,” tambahnya.
Konsert anjuran iME Entertainment itu menyaksikan kumpulan yang dibarisi empat jejaka tampan (Mino, Hoony, Jinu dan Yoon) mendendangkan lebih 30 lagu, mencuri hati peminat Malaysia.
Konsert WINNER [CROSS] Tour turut melibatkan enam lokasi yang lain seperti Seoul, Taipei, Jakarta, Bangkok, Manila dan Singapura.
Isabelle Leong
Sun Jan 19 2020
Inner Circle Malaysia yang juga dikenali sebagai MyPrideWinner tampil dengan kejutan awal hari jadi buat ketua kumpulan WINNER iaitu Yoon yang menyambut kelahiran pada 21 Januari. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Suspek buat pemeriksaan kesihatan mahu kerja di Arab Saudi
Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan polis mendapati suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan seminggu sebelum kejadian tembakan itu berlaku.
Gaza Freedom Flotilla: Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Freedom Flotilla to Gaza: Latihan anti keganasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula
Seorang maut, 8 cedera ditembak ketika hadiri parti di Pennsylvania AS
Seorang maut manakala lapan lagi cedera d alam kejadian tembakan besar-besaran di sebuah parti persendirian di Pennsylvania, AS, lapor Sputnik, memetik polis tempatan.
Bersaksikan Kaabah - Syatilla Melvin syukur sambut anniversary, hari jadi di Mekah
Syatilla berharap agar segala hajat dan doa dia bersama suami termakbul sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh ini.
Aksi wakil rakyat rai hari lahir ketika harga minyak naik undang kritikan
Paparan video kejutan ulang Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI), Puan Maharani ternyata mengundang banyak kritikan dari netizen Indonesia.
Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini
Dr Mahathir berhasrat mahu terus berkhidmat untuk negara, menyumbangkan idea bagi meneruskan agenda pembangunan negara.
Pengarah ZCSB beri jam tangan Maurice Lacroix sempena hari jadi Lim Guan Eng
Pengarah ZCSB memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau memberikan wang RM100,000 dan seutas jam tangan jenama Maurice Lacroix bernilai RM43,000 kepada Lim Guan Eng sempena ulang tahun kelahirannya.
124 individu dipercayai terlibat kongsi gelap ditahan ketika sambutan hari jadi
99 orang lelaki dan 25 wanita berusia 15 hingga 70 tahun sedang leka berhibur meraikan sambutan hari jadi salah seorang daripada mereka.
Neymar nafi bakal anjur pesta hari jadi yang ke-29
Perhimpunan besar-besaran dilarang di Perancis di bawah sekatan coronavirus dan menganjurkan pesta seperti itu mungkin melanggarnya.
Penularan wabak COVID-19 di Bangsar? Ini yang perlu anda tahu
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah menjelaskan, siasatan akan dijalankan berhubung perkara itu.
PM Muhyiddin zahir terima kasih atas ucapan hari lahir
Muhyiddin turut mendoakan semoga rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan sentiasa hidup dalam suasana harmoni, bersatu padu serta sayang-menyayangi.
Sambutan hari jadi Neymar 'gangguan' buat PSG - Tuchel
Neymar akan berusia 28 tahun 5 Februari tetapi tetapi akan menyambutnya hari ini yang bakal dianjurkan di sebuah kelab malam di Paris.