Melodi lagu Bingo dan Mengantuknya Mumia sebelum ini bukan sahaja popular dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa ekoran beberapa kali viral di media sosial.

Terbaharu, siaran siri kanak-kanak popular, Didi & Friends, terbitan Digital Durian itu melancarkan lagu baharu berjudul ‘Jom Lawan Coronavirus’.

Dalam usaha menyahut saranan kerajaan menyeru rakyat untuk sentiasa mengamalkan langkah pencegahan, lagu dan video muzik itu menampilkan tiga langkah mudah untuk mencegah jangkitan virus COVID-19.

“Lagu berdurasi dua minit itu menyaksikan Didi, Nana dan Jojo serta rakan-rakan lain menari sambil menyanyi tentang pentingnya menjaga kebersihan dalam memerangi virus dan bakteria merbahaya,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Lagu ciptaan bersama komposer terkenal, Omar K. itu boleh disaksikan menerusi pautan ini.

Dalam pada itu, versi Bahasa Inggeris berjudul ‘Fight Coronavirus’ pula boleh ditonton di pautan ini.

Kemaskini video muzik tersebut setakat ini mendapat lebih 240,000 tontonan.

Semoga lagu berunsur pendidikan ini dapat membantu para ibu bapa khususnya untuk mengajar anak-anak dengan lebih berkesan agar sentiasa mementingkan penjagaan kebersihan dalam usaha mengekang pandemik COVID-19!