PENYANYI dan penulis lagu terkemuka Amerika Syarikat, Khalid mengumumkan terpaksa menangguhkan konsert jelajah Asianya, Khalid Free Spirit World Tour Asia 2020 di beberapa negara termasuk Malaysia, ekoran penularan wabak koronavirus COVID-19.
Perkara itu dimaklumkan menerusi muat naik pihak pengurusan AEG Presents Asia di Instagram pada Jumaat.
Menurut muat naik berkenaan, penangguhan itu disebabkan oleh "larangan dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan di beberapa negara Asia baru-baru ini".
"Perkara yang menjadi keutamaan kami adalah keselamatan para peminat Khalid dan pihak produksi serta kru yang bertugas di dalam konsert ini," jelas kenyataan itu.
Menurutnya lagi, pengumuman tarikh baharu akan diberitahu tidak lama lagi dan sebarang maklumat boleh diketahui di laman web rasmi mereka.
Dalam pada itu, pihak pengurusan tiket juga menyatakan bahawa pihaknya akan mengembalikan semula duit tiket konsert yang ditunda itu.
Malah, pihaknya turut menjelaskan bahawa tiket yang dibeli sebelum ini tidak boleh diguna pakai dan peminat perlu membeli tiket baharu untuk menyertai konsert terbabit.
Di Malaysia, Khalid dijadual bertandang ke negara ini pada 4 April di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam, sebagai sebahagian daripada konsert jelajah Asianya.
Tiket konsert tersebut, yang dijual pada harga RM403, RM303 dan RM203, dilaporkan telah habis terjual di atas talian pada hari sama, sebaik pembelian dibuka.
Selain Malaysia, negara yang menerima nasib sama adalah Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina, Korea Selatan dan Jepun.
Afiq Ariffin
Sun Feb 16 2020
Menurut muat naik berkenaan, penangguhan itu disebabkan oleh 'larangan dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan di beberapa negara Asia baru-baru ini.' - Foto RCA
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Ibu didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak lelakinya berusia sembilan tahun.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
COVID-19: Khalid tunda konsert di beberapa negara Asia termasuk Malaysia
Perkara yang menjadi keutamaan adalah keselamatan para peminat Khalid dan pihak produksi serta kru yang bertugas di dalam konsert.