TAHNIAH kepada adik-adik yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Khamis.

Salah seorang yang turut meraikan kejayaan hari ini ilaah penyanyi Wani Kyrie, 18, yang telah berjaya mendapat 7A dalam peperiksaan SPM.

Menerusi laman Instagramnya, Wani yang popular menerusi lagi Aku Suka Kamu ini telah memuat naik gambarnya bersama keputusan yang diperolehi.

“Alhamdulillah.. didn’t expect anything, but getting 7A’s out of 9 subjects are good enough for me.

“Tahniah semua batch 2000! This is for you mama..” tulisnya pada kapsyen.

Wani atau nama penuhnya Syazwani Abdullah merupakan pelajar aliran seni Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya.