KUMPULAN K-Pop terkenal dunia, BTS mencatat rekod baharu apabila menjadi artis Korea pertama yang memiliki 20 juta pengikut di Twitter.

Fenomena BTS ini nampaknya semakin menjadi-jadi apabila akaun mereka, @BTS_twt mencatatkan pertambahan pengikut daripada 15 juta kepada 20 juta dalam masa kurang setahun bermula 30 Mei 2018.

Diikuti dengan akaun kedua yang mencatatkan pengikut teramai iaitu @bts_bighit yang merupakan akaun rasmi BTS dengan jumlah 15 juta pengikut.

Kumpulan yang berpangkalan di Seoul itu kini secara rasmi memegang kumpulan muzik paling berpengaruh di Twitter.

Terdahulu, @BTS_twt merupakan akaun peribadi BTS yang dikongsi dan dikendalikan sendiri oleh Jin, RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook.

BTS aktif menggunakan akaun tersebut untuk berkomunikasi dan berkongsi aktiviti harian bersama peminat mereka di seluruh dunia.

Sumber: Soompi
Foto: @piecesofmine_jm