Bapa kepada pelakon, pelawak dan hos terkenal Sharifah Shahirah meninggal dunia jam 9.15 malam di sebuah hospital di Ampang pada Khamis.

Jenazah akan dikebumikan pada jam 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Klang Gate.

Pengumuman dibuat pelakon tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagramnya.

Dua hari lalu, isteri kepada pelakon Ijoy Azahari ini juga mengesahkan bapanya Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman dimasukkan ke wad akibat jangkitan pada paru-paru menerusi satu entri Instagram.

Terdahulu pada 6 Januari, pelakon yang juga kakak kepada Sharifah Sakinah ini kehilangan nenek kepada suaminya, Eshah Said atau Mak Esah.

Mak Esah yang meninggal dunia pada usia 88 tahun merupakan ibu kepada Datin Maria Arshad.