Biarpun tampil dengan tiga buah lagu, Amy Search membuktikan beliau seorang Raja Rock 'n Roll tempatan yang tiada tolok bandingan.

Dalam usia 56 tahun, Amy membuktikan beliau masih 'muda' di atas pentas ketika tampil dengan lagu Kerja Gila.

Beliau melompat dan menari membuatkan penonton 'naik gila' dengan persembahannya di konsert Mencari Cinta Judika di KL live malam tadi.

Sebagai penyanyi undangan, Amy turut berduet dengan Judika menerusi lagu Tiada Lagi dan Isabella.

Karisma Amy terbukti hebat dan berada di kelasnya tersendiri.

Judika juga berkarisma di atas pentas dan suaranya juga hebat, malah beliau tidak mengecewakan peminat-peminatnya.

Secara keseluruhannya persembahan Judika selama lebih satu jam menghiburkan.

Penyanyi kumpulan Mahadewa ini menyanyikan lagu dari album solonya di konsert itu antaranya Setengah Mati Merindu, Bukan Rayuan Gombal, Bukan Dia Tapi Aku dan Aku Yang Tersakiti.

Judika turut menyayikan lagu Immortal Love Song yang dipopularkan bersama kumpulan Mahadewa.

Selain itu, Judika turut mendendangkan lagu Separuh Nafas dari kumpulan Dewa dan satu lagu Inggeris, Someone Like You yang dipopularkan oleh Adele.