PIHAK Astro Radio dengan kerjasama Pulse by Prudential and Dettol melancarkan kempen ‘Kami Care’ dari 10 hingga 22 Februari 2020 dalam membantu rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga untuk memerangi wabak penyakit berjangkit baru-baru ini.



Kesan daripada wabak ini, terdapat kekurangan topeng muka dan 'hand sanitiser' di kedai serta farmasi.

Melalui Kami Care, personaliti-personaliti Astro Radio akan memberikan topeng muka, 'hand sanitiser' dan sabun mencuci tangan secara percuma kepada 50 rakyat Malaysia yang terawal tiba di setiap lokasi.



Kami Care akan berada di pelbagai lokasi sekitar Lembah Klang pada 8 pagi - 9 pagi dan 1 petang - 2 petang setiap hari.



Ikuti jenama-jenama Astro Radio menerusi aplikasi SYOK untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi-lokasi seterusnya dan perkembangan berita.

Muat turun aplikasi SYOK dari Google Play Store atau Apple App Store. Nikmati 24 jenama radio, podcast, video-video dan banyak lagi melalui SYOK!