SATU dunia sudah tahu bahawa pasukan Avengers kini sedang sibuk menentang Thanos dan mengembalikan semua hampir separuh penduduk bumi yang hilang akibat ‘Thanos Snap’.

Tetapi, rupanya The Mad Titan itu mempunyai muslihat yang lebih 'keji' -- dia menyerang Google pula!

Ya! Enjin carian paling terkenal di dunia itu sedang ditakluki oleh Thanos dan dia dapat menghilangkan hampir separuh daripada hasil carian yang anda ingini.

Cuba anda buka Google dan taip ‘Thanos’ dalam carian. Anda akan melihat ada ‘Infinity Gauntlet’ di hasil carian.

Tetapi jangan terpedaya; jangan cuba sesekali klik padanya kerana ia boleh hilangkan hampir separuh daripada hasil carian di Google.

Tetapi jangan takut dan jangan terkejut kerana anda boleh kembalikan hasil carian tersebut dengan mengklik lagi sekali pada ‘Infinity Gauntlet’.

Semuanya akan kembali seperti sedia kala dengan menggunakan kuasa ‘Time Stone’.

Sebenarnya, Ini mungkin adalah gimik ataupun teknik pemasaran oleh Marvel Studios dan dibantu oleh Google kerana hari ini, 26 April 2019, adalah tarikh tayangan bagi filem terhebat pada abad ini iaitu ‘Avengers: Endgame’ di Amerika Syarikat dan banyak negara lagi.

Bagi Malaysia, filem ‘Avengers: Endgame’ telah pun mula tayangan pada 24 April 2019. Bagi yang sudah menonton, no spoiler please.