AKTOR popular Hong Kong, Eric Tsang memuji filem arahan Adrian Teh, PASKAL The Movie.

Perkara ini didedahkan oleh pelakon utama filem terbabit, Hairul Azreen menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

"Pelakon popular Hong Kong Eric Tsang tengok filem PASKAL, dia tengok filem Bahasa Melayu. Dia puji filem ini.

"By the way, semalam tengok PASKAL di Gold Class, Pavilion, serius sound dia best! Rasa macam peluru lalu depan-depan kita. Puas hati.

"Insya-Allah @paskal_themovie akan ditayangkan di luar negara tak lama lagi, bermula dengan Singapore
," tulis Hairul.

Pelakon popular Hong Kong #EricTsang tengok filem Paskal


Eric merupakan pelakon, pengarah, penerbit dan pengacara popular Hong Kong.

Mengacarakan Super Trio Series di stesen TVB selama 18 tahun, Eric juga popular dengan filem seperti Golden Job, Ip Man: The Final Fight, Mad World dan banyak lagi.

Filem PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw ini mendapat perhatian ramai pihak.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.


Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!