ISTERI kepada pelawak, Abam Bocey, Siti Norhidayah selamat melahirkan anak sulung mereka di Hospital Selayang, pada malam Jumaat.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, telah berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya.

Menerusi entri tersebut, Abam berterima kasih kepada semua yang sudi mendoakan keselamatan isterinya dan anak.

"Terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya... Terima kasih nurse, sister nurse dan doktor Hospital Selayang, Anda semua terbaik, Alhamdulillah," katanya.


Abam dan isteri, Siti Norhidayah telah mendirikan rumahtangga pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.