Rajeev Suri, Presiden Ketua Pegawai Eksekutif Nokia

Visi untuk menjadikan Nokia terus bersaing dengan pengeluar peranti lain nampaknya diteruskan dengan pelantikan presiden dan ketua pegawai eksekutif mereka yang baru. Setelah menyelesaikan penjualan sebahagian besar perniagaan produk peranti & perkhidmatannya kepada microsoft pada 25 April lalu, nokia nampaknya melantik ketua baru dari kalangan orang dalam.