PRK: Hanya 56.4% keluar mengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya menyifatkan faktor calon Barisan Nasional yang tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor adalah antara punca peratusan pengundi yang keluar mengundi merosot kepada 56.4%. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, jumlah itu jauh berbeza dengan pilihanraya yang diadakan sebelum ini.