Tutup

Penjelasan DCA terhadap status MH370

Ada antara waris keluarga MH370 tidak dapat menerima pengumuman yang dibuat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung status MH370 dan penumpang serta anak kapalnya. Selagi tiada bukti yang ditampilkan, selagi itulah mereka menganggap ahli keluarga mereka belum meninggal dunia. Bagi mereka, dca tidak seharusnya mengisytiharkan pesawat itu hilang biarpun usaha mencari masih diteruskan. Di studio ketika ini ialah Pengarah Pengurusan Trafik Udara DCA, Ahmad Nizar Zolfakar yang akan memberi penjelasan terperinci mengenainya.