Tutup

Operasi mencari pesawat MH370 masuk hari ke-29

Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-29 hari ini membabitkan 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataannya berkata, operasi itu turut membabitkan kapal pertahanan Australia ADV Ocean Shield dan kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British HMS Echo.