Tutup

Video  | Bisnes

Pasaran kewangan Turki dijangka catat kejatuhan

Susulan cubaan rampasan kuasa di Turki. Pemerhati pasaran menjangka pasaran kewangan Turki akan mencatatkan kejatuhan selepas cubaan rampasan pada lewat malam Jumaat. Menurut laporan The Wall Street Journal, matawang Turki, lira sebelum ini jatuh 4.6 peratus berbanding dolar Amerika selepas cubaan rampasan kuasa berkenaan. Sebelum ini kerajaan Turki menegaskan akan melakukan segala yang perlu untuk mengekalkan kecairan dan menyokong matawang lira.