AMMB Holdings Bhd telah melantik Voon Seng Chuan sebagai Pengerusi AmBank (M) Sdn Bhd yang baharu, menggantikan Tan Sri Azman Hashim, berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin berkata, Voon, 60 tahun, telah menjadi ahli Lembaga Pengarah AmBank sejak 18 Jun, 2015.

Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah AMMB Holdings.

Azman, 79 tahun, kekal sebagai Pengerusi AMMB Holdings.

-- BERNAMA