Maxis Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah apabila susut 13.6 peratus kepada RM343 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 berbanding tahun lepas berikutan kerugian dialami perniagaan borong serta peningkatan rosot nilai membabitkan bayaran belum terima.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata rosot nilai bayaran belum terima dan deposit meningkat lebih empat kali ganda kepada RM118 juta berikutan perubahan kadar pertukaran yang dijangka rendah bagi mendapatkan susut nilai dagangan belum terima.
"(Lembaga) Pengarah berpendapat bahawa pandemik COVID-19 dan impaknya terhadap ekonomi telah meningkatkan risiko kredit yang ketara. Berikutan itu, kadar kerugian yang dijangkakan kini bergantung kepada profil dan kerugian kredit sebelum ini yang dialami sejak penularan virus itu," kata kenyataan itu.
Selain itu, perolehan Maxis bagi suku sama turut merosot kepada RM2.15 bilion daripada RM2.21 bilion.
Pada April lepas, syarikat itu menarik balik garis panduan mengenai unjuran bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 (TK2020) yang dikeluarkan pada 20 Feb akibat ketidaktentuan susulan penularan COVID-19.
Sementara itu, dalam kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut berkata syarikat itu merekodkan prestasi suku kedua yang kukuh walaupun dalam persekitaran mencabar.
Perolehan hasil perkhidmatannya kecuali hasil borong, adalah stabil pada RM1.89 bilion berbanding angka suku kedua TK19, dipacu oleh pertumbuhan penumpuan bagi menampan impak negatif COVID-19.
Ia turut mencatat pertumbuhan langganan tahun ke tahun yang berterusan bagi pasca bayar (+9.7 peratus) dan (jalur lebar) gentian (+32.6 peratus).
Permintaan data meningkat secara ketara dengan para pelanggan menggunakan data sebanyak 21.1 gigabit sebulan dari segi gabungan pada suku kedua itu yang juga 54.0 peratus lebih tinggi berbanding suku kedua TK19.
"Kami terus menerajui pasaran mudah alih dan mencatat pertumbuhan konsisten dalam penyelesaian liputan untuk individu, kediaman dan perniagaan.
"Selain itu, kami akan terus melabur dalam rangkaian untuk memberikan kesalinghubungan tetap dan mudah alih terbaik untuk para pelanggan. Pada masa sama, kami turut mempertingkat persediaan rangkaian 5G, terlibat dalam ujian oleh industri, perkongsian RAN (rangkaian akses radio) dan akan mengemukakan lebih banyak kes penggunaan dalam bulan-bulan akan datang," kata Gokhan said.
Menurutnya, syarikat itu juga bersedia untuk melaksanakan 5G dan komited menawarkan inovasi 5G terbaik ke Malaysia apabila spektrum itu ditawarkan.
Dalam usaha mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju rangkaian 4G, Maxis telah melabur sebanyak RM259 juta bagi suku kedua TK20, sekali gus menjadikan perbelanjaan modalnya mencecah RM422 juta tahun ini.
Syarikat itu telah mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 4 sen sesaham bagi suku kedua 2020 berkenaan (suku kedua TK19 : 5 sen).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 23 2020
Perolehan Maxis bagi suku sama turut merosot kepada RM2.15 bilion daripada RM2.21 bilion. - Gambar fail
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.