Tiga lebuhraya menawarkan diskaun tol 10 peratus bagi kenderaan Kelas 1 sempena sambutan Krismas, melibatkan lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS, Plaza Tol Ampangan), kata pengendali syarikat konsesi IJM.

"Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol ini pada 25 Dis 2017 dari pukul 12.01pagi sehingga 12.00 tengah malam.

"Pemberian diskaun ini adalah sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat sempena Perayaan Krismas bagi pengguna lebuhraya yang ingin mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga," kata Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, dalam satu kenyataan.

IJM juga menyarankan kepada pengguna lebuhraya untuk menggunakan leburaya LEKAS bagi yang ingin ke Selatan.

Bagi yang ingin ke Timur, pengguna boleh menggunakan Lebuhraya Besraya melalui Plaza Tol Loke Yew untuk ke MRR2 bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa.