Gergasi e-dagang China Alibaba Group Holding Limited mencatat rekod jualan US$30.7 bilion dalam tempoh 24 jam, bagi kempen jualan Singles' Day 11.11 pada Ahad.

Perolehan tahunan kempen itu bagaimanapun mencatat angka yang terendah.

Pengguna di seluruh China dan dunia menambil kesempatan daripada kempen 11.11 untuk mendapatkan pelbagai produk daripada iPhone sehingga susu formula bayi.

Untuk jam pertama sahaja, jualan di China mencatat US$10 bilion.

Singles' Day, yang turut dikenali sebagai double eleven merupakan kempen jualan terbesar atas talian dan jualannya mengatasi apa yang dicatat dari kempen Black Friday serta Cyber Monday di Amerika Syarikat.

Singles' Day dimulakan oleh pelajar kolej di China pada 1990 sebagai versi Hari Valentine untuk mereka yang tiada pasangan.