Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengumumkan bermula 1 April 2018, bayaran tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Tuas akan dikurangkan lebih daripada 85 peratus di luar waktu puncak dari 10 pagi hingga 3 petang dan 11 malam hingga 5 pagi setiap hari.
Bagi kereta yang menggunakan laluan keluar dan masuk Singapura melalui pusat pemeriksaan itu hanya perlu membayar kadar tol S$1.30 semasa waktu puncak manakala kenderaan perdagangan ringan (S$1.50), kenderaan berat (S$2), teksi (S$1) dan bas (S$1.50).
Bagaimanapun, kadar bayaran tol di Pusat Pemeriksaan Woodlands tidak berubah.
Pada waktu puncak dari 5 pagi hingga 10 pagi dan 3 petang hingga 11 malam, kadar tol bagi kereta S$2.50, kenderaan perdagangan ringan (S$5.60), kenderaan berat (S$11.30), teksi (S$1.90) dan bas (S$3.00).
Sementara itu Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan berkata republik itu akan menyesuaikan kadar tol di Linkedua selepas Malaysia mengumumkan pengurangannya semalam.
“Ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2018. Diharapkan ini akan menggalakkan pengguna jalan raya beralih pada tempoh waktu puncak,” catatnya dalam akaun Facebook lewat Jumaat.
Khaw berkata kedua-dua perdana menteri, Malaysia dan Singapura telah membincangkan mengenai mengurangkan masalah kesesakan di Tambak Johor pada Permukiman Pemimpin Malaysia-Singapura bulan lepas.
“Mengurangkan tol di Linkedua adalah satu daripada cadangannya. Pelaksanaannya telah disegerakan. Malaysia baru sahaja mengumumkan kadar tol di Linkedua akan dikurangkan di luar waktu puncak,” jelasnya.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata levi kenderaan komersial di Linkedua dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ke Malaysia mulai 13 Feb, berbanding kadar antara RM100 hingga RM200 ketika ini.
Caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua iaitu antara 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi untuk semua kenderaan kecuali motosikal juga dikurangkan antara 47 peratus hingga 82 peratus mengikut kelas kenderaan.
Bernama
Sat Feb 10 2018
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata levi kenderaan komersial di Linkedua dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ke Malaysia mulai 13 Feb. - Foto en.wikipedia.org
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Jualan kenderaan naik 4.13 peratus pada Februari 2021 - MAA
Jualan kenderaan di Malaysia meningkat 4.13 peratus kepada 42.784 unit pada Februari tahun ini daripada 41.088 unit bulan sama tahun lalu.
PKP: Kenderaan komersial tidak perlu mohon surat kebenaran
Sekatan tidak akan dikenakan kepada kenderaan komersial yang beroperasi semasa PKP.
Singapura turunkan kadar tol di Link Kedua Mulai 1 April
Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) mengumumkan bermula 1 April 2018, bayaran tol untuk semua kenderaan (kecuali motosikal) bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk Singapura dikurangkan.