KALUT seluruh negara baru-baru ini apabila GoJek, sebuah syarikat berstatus Decacorn dari Indonesia bercadang untuk memperluaskan operasi di Malaysia.
Apa itu Decacorn?
Ada tiga “corn” sebenarnya di dalam industri venture capital hari ini. Kesemuanya adalah gambaran status nilaian sesebuah syarikat persendirian start-up yang akhirnya berjaya berkembang dan menjadi besar.
“Unicorn” adalah istilah yang diberikan kepada syarikat start-up persendirian yang mempunyai nilaian melebihi AS$1 bilion.
Istilah tersebut telah dijuarai oleh seorang venture capitalist bernama Aileen Lee pada tahun 2013.
Mengikut TechCrunch, sehingga Mac 2018, terdapat lebih 279 buah Unicorn di dunia. Antara yang paling besar adalah seperti ANT Financial (dulunya dikenali sebagai Alipay), DiDi, Airbnb, Stripe, Spotify dan Eventbrite.
China dan Amerika Syarikat mempunyai jumlah Unicorn paling banyak di dunia, sementara di rantau Asia Tenggara, Indonesia mendahului senarai dengan lima buah syarikat, termasuk GoJek dan Traveloka, dan Singapura empat buah syarikat, termasuk Grab dan Lazada.
“Decacorn” pula merujuk kepada syarikat persendirian start-up yang mempunyai nilain melebihi AS$10 bilion, dengan syarikat seperti Snapchat dan SpaceX, sementara “Hectocorn” adalah syarikat yang bernilai lebih US$100 bilion seperti Google, Amazon dan Microsoft.
“Sharing Economy” atau “Access Economy” pula merujuk kepada konsep perkongsian sumber. Trend sharing economy ini telah melonjakkan tiga unicorn terbesar - Uber, DiDi dan Airbnb, menjadi start-up tersohor di dunia.
Trend ini juga menjadi popular akibat daripada kebejatan ekonomi pada tahun-tahun mutakhir ini, yang menyebabkan pengguna mencari kaedah lebih bijak untuk berbelanja secara konservatif, iaitu dengan berkongsi sumber mereka seperti kenderaan dan rumah, pada masa yang sama menjana pendapatan daripada perkongsian tersebut.
Adalah dijangkakan bahawa menjelang 2025, sharing economy akan menjana lebih AS$335 bilion kepada ekonomi Amerika Syarikat. eBay, Wikipedia, Craiglist, Socar dan GoCar adalah antara syarikat yang popular kerana sharing economy sementara servis Cloud Computing, Crowd Funding dan Coworking adalah perkhidmatan teknologi, kewangan dan pekerjaan yang popular kerana sharing economy.
Berbalik kepada Gojek. Syarikat ini adalah syarikat pertama di Indonesia yang berjaya mencapai status “Unicorn” dan “Decacorn”.
Ditubuhkan pada tahun 2010, nilaian Gojek pada hari ini adalah melebihi AS$10 bilion. Ia adalah satu-satunya syarikat Asia Tenggara yang disenaraikan dalam Fortune’s 50, syarikat yang mengubah dunia pada tahun 2017.
Jumlah pemandu, baik kereta mahupun motosikal yang bernaung di bawah Gojek sekarang adalah sejuta orang.
Tidak adakah syarikat-syarikat Malaysia yang berstatus “corn” ini? Walaupun ada yang beranggapan bahawa Grab adalah syarikat Malaysia, tetapi syarikat tersebut sebenarnya adalah syarikat Singapura walaupun dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012.
Hakikatnya, Malaysia masih belum mempunyai sebarang syarikat berstatus Unicorn.
Antara faktor penyumbang kepada kelahiran syarikat-syarikat berstatus Unicorn adalah saiz pasaran, akses kepada modal dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Justeru untuk mencapai status Unicorn, syarikat-syarikat Malaysia harus mempunyai model bisnes global, bukan hanya fokus kepada pasaran tempatan yang kecil, harus punya akses kepada pasaran modal dan pembiayaan, serta melabur di bidang R&D.
Kesemua faktor ini melibatkan penyertaan pihak Kerajaan dan juga swasta. Faktor-faktor inilah juga yang membezakan kita dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan China, malah jiran-jiran kita di ASEAN seperti Singapura dan Indonesia. Semoga dekad baru ini menyaksikan lahirnya Unicorn Malaysia!
Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir adalah Pengasas dan CEO Planetmahir.com, platfom perkongsian kemahiran dalam talian berbahasa Melayu pertama di dunia. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected].
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir
Sun Jan 12 2020
Gojek adalah syarikat pertama di Indonesia yang berjaya mencapai status -Unicorn- dan -Decacorn-. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
NVIDIA pintas Amazon sebagai syarikat kelima paling bernilai di dunia
Nilai pasaran NVIDIA mencecah $1.78 trilion (RM 8.52 trilion) selepas pasaran saham ditutup berbanding Amazon dengan nilai $1.75 trilion (RM 8.37 trilion).
Amazon perkenal chatbot beli-belah AI 'Rufus'
Rufus masih di peringkat ujian beta dalam kelompok pengguna kecil di AS, sebelum dilancarkan lebih meluas pada minggu akan datang.
Amazon lancar cip Trainium2, Graviton4 untuk latihan AI serta pelayar data
Trainium2 direka untuk mempercepatkan proses latihan model sehingga empat kali lebih pantas berbanding cip generasi pertama.
Amazon bakal aktifkan AWS Region di Malaysia pada 2024
AWS Region membolehkan pelbagai data berkaitan disimpan di Malaysia, dan pada masa sama menawarkan kadar pendam rendah (low-latency rate) untuk perkhidmatan yang digunakan dalam negara.
12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil.
Amazon lancar dua satelit, mahu saingi Starlink milik Elon Musk
Projek Kuiper menyediakan "jalur lebar yang pantas dan mampu milik kepada komuniti yang tidak dilayan dan kurang dilayan di seluruh dunia."
Lebih dari 100 ikan lumba-lumba mati akibat kemarau teruk
Kejadian ini menimbulkan kebimbangan pihak berkuasa dan penyelidik terhadap ekosistem alam di Amazon yang semakin terancam.
Sepanyol denda Apple, Amazon AS$217.8 juta kerana amalan antipersaingan
Amazon dan Apple juga menyekat keupayaan jenama lain bersaing dengan Apple untuk memperoleh ruang pengiklanan di laman Amazon di Sepanyol.
Amazon cabar peraturan kandungan digital EU
Syarikat gergasi dalam talian Amerika Syarikat (AS) Amazon mencabar penyertaannya dalam senarai syarikat yang dikenakan peraturan yang lebih sukar di Kesatuan Eropah.
Amazon tambah pelaburan berjumlah US$15 bilion di India
Gergasi e-dagang Amazon pada Sabtu mengumumkan rancangan meningkatkan pelaburan sebanyak US$15 bilion di India, menjadikan jumlah pelaburan di negara itu kepada US$26 bilion, lapor Xinhua.