Sektor perindustrian digesa memanfaatkan peluang ketika tempoh kelembapan ekonomi global bagi merancang modul perniagaan untuk masa akan datang.
Ketika membuat gesaan itu, pakar perindustrian global yang juga Naib Presiden Infor bagi Asia Selatan, ASEAN dan Pasifik, Helen Masters turut yakin ekonomi global akan kembali pulih dalam masa beberapa tahun ini.
"Ekonomi suram (ketika ini) dan ini bukan kali pertama kita berdepan senario itu. Pada tempoh 2007 hingga 2009, kita pernah berdepan keadaan yang disifatkan ahli ekonomi sebagai krisis kewangan terburuk sejak Zaman Kemelesetan pada 1930-an.
"Kita (terbukti) berjaya mengatasinya dan pasti dapat mengulanginya," katanya pada sidang media bersempena program Infor ASEAN Roundtable anjuran syarikat itu di sini, hari ini.
Masters berkata Pulau Pinang masih menjadi kawasan perindustrian utama di utara Malaysia biarpun berdepan kelembapan semasa, malah beliau yakin sektor industri mampu menempuhi fasa itu.
"Pulau Pinang sedang melalui fasa pemberhentian pekerja susulan langkah penyusunan semula sektor perindustrian. Bagaimanapun, syarikat-syarikat ini akan meneliti semula modul perniagaan serta memperkukuh kelemahan masing-masing," katanya.
Sehubungan itu, kata Masters, pada tempoh mencabar seperti sekarang, banyak yang boleh dilakukan syarikat dan menjadi masa terbaik untuk meningkatkan kecekapan sedia ada.
Mengikut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), lebih 2,000 pekerja diberhentikan setakat tahun ini dan terbaharu membabitkan 241 pekerja TS Solartech Sdn Bhd yang diberi notis pemberhentian dalam masa 24 jam.
MTUC turut menyuarakan kebimbangan terhadap aliran pemberhentian pekerja yang dijangka akan berlanjutan dalam bulan-bulan akan datang.
Namun Masters sebaliknya mempunyai pandangan tersendiri mengenainya.
"Ia akan menjejaskan kita dalam masa beberapa tahun, namun apabila ekonomi kembali stabil, syarikat-syarikat ini akan menjadi lebih kukuh dan disusuli dengan proses pengambilan pekerja. Ini hanyalah satu fasa," katanya.
Selain itu, beliau turut memuji usaha kerajaan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mana Malaysia mencatat pertumbuhan antara 4-4.5 peratus, tahun ini.
"Ini jauh lebih baik berbanding Singapura yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK 2.1 peratus. Ini menunjukkan Malaysia berada di landasan yang tepat," katanya.
Mengikut statistik Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Malaysia adalah antara lima negara ASEAN selain Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam, yang mencatat pertumbuhan KDNK yang kukuh.
Mengulas ringgit, Masters berkata biarpun unit tempatan itu lemah, sektor eksport sebaliknya berjalan lancar dan menyaksikan lebih banyak pelaburan dicatatkan.
Statistik Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menunjukkan, jumlah eksport bagi tempoh Januari sehingga Ogos tahun ini mencecah RM500.33 bilion berbanding RM495.62 bilion bagi tempoh sama, sebelum ini.
Produk elektrikal dan elektronik kekal menjadi segmen eksport tertinggi iaitu menyumbang RM181.64 bilion atau 36.6 peratus daripada jumlah eksport negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2016
Pada tempoh 2007 hingga 2009, Malaysia pernah berdepan krisis kewangan terburuk sejak Zaman Kemelesetan pada 1930-an. - Gambar hiasan
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Anwar tarik pelabur Australia, ASEAN, kongsi persekitaran kondusif Malaysia
Anwar menegaskan kepentingan kestabilan politik, kejelasan dasar serta tadbir urus baik dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Nilai ringgit menyusut bukan isu kepada pelabur - PM Anwar
Malah jelasnya, mereka memandang kepada isu-isu berkaitan asas ekonomi lain seperti inflasi, pasaran saham dan pengangguran.
ASEAN-Australia: Malaysia terus gesa gencatan senjata berkekalan di Gaza
Anwar pada masa sama terus menggesa gencatan senjata segera dan berkekalan.
Nasib Australia terletak pada Asia Tenggara - PM Anthony Albanese
Australia komited untuk bekerjasama dengan pemimpin ASEAN, kerana nasib negara mereka terletak pada Asia Tenggara.
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia: Malaysia gariskan lima bidang tumpuan untuk diperkukuhkan
Bagi memperkukuhkan hubungan akrab ASEAN-Australia, Malaysia menggariskan lima bidang tumpuan untuk diperluaskan.
ASEAN-Australia: Malaysia suarakan usaha tingkatkan hubungan akrab
Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 bermula hari ini, menghimpunkan pemimpin Asia Tenggara (SEA) dan Australia, pemimpin perniagaan dan komuniti, golongan pakar dan ahli akademik.
Syarikat-syarikat Australia mohon keizinan pelaburan RM24.5 bilion - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasrat berkenaan telah dinyatakan kepadanya dalam pertemuan beliau dengan syarikat terbabit pada Selasa.
PM Singapura pertahan konsert Taylor Swift, anggap perjanjian 'sangat berjaya'
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, perjanjian itu ternyata berjaya, dan membawa manfaat ekonomi kepada negaranya,dan menarik kedatangan pelancong dari seluruh rantau Asean.
Kerajaan kukuh antara faktor utama pelabur minat datang ke Malaysia - PM Anwar
Pengukuhan kerajaan terbukti melalui komitmen terhadap pembaharuan institusi serta pengenalan pelbagai dasar baharu.