Sektor kewangan perlu berperanan sebagai pemangkin dalam usaha peralihan ke arah ekonomi berkarbon rendah berikutan kedudukan unik sektor itu dari segi kaitannya dengan perniagaan, isi rumah, kerajaan dan sumber lebih besar berbanding lain.
Menjadi anggota Rangkaian Bank Pusat dan Penyelia untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) membolehkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneruskan objektif ini dengan pantas, tangkas dan yakin, kata Timbalan Gabenor BNM, Jessica Chew.
"Pada dasarnya, ini merupakan cabaran global dan kami yakin perlu menjadi sebahagian daripada penyelesaian global dengan bekerjasama dengan institusi yang berpandangan serupa dan berkongsi cabaran dan keutamaan yang sama," katanya dalam artikel yang disiarkan di laman web NGFS.
BNM menjadi anggota NGFS sejak Oktober 2018 dan merupakan satu daripada dua anggota awal dari ASEAN yang menyertai kumpulan berkenaan.
Chew berkata strategi iklim BNM merangkumi lima teras utama iaitu libat urus dan pembangunan kapasiti, menyepadukan risiko iklim dalam makroekonomi dan penilaian kestabilan kewangan, memperkukuh jangkaan pengawalseliaan dan penyeliaan untuk menguruskan risiko iklim, mewujudkan persekitaran dan pelaburan yang membolehkan pembiayaan hijau serta kepimpinan melalui teladan.
Strategi iklim itu disokong oleh tujuh aliran kerja dalaman yang diselaraskan oleh unit strategi iklim dalaman yang melaporkan kepada pengurusan kanan bank.
Sebagai mengiktiraf kepentingan maklum balas kolektif, beliau berkata Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) turut ditubuhkan sebagai platform untuk memacu dan menyokong perubahan iklim dalam sektor kewangan.
Beliau berkata JC3 dipengerusikan oleh BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan anggota dan pemantaunya yang terdiri daripada bursa saham, institusi kewangan, pelabur institusi dan pertubuhan bukan kerajaan.
"Perjalanan iklim kami sejak 12 bulan lepas menyaksikan beberapa kejayaan penting termasuk mengeluarkan kertas perbincangan mengenai Perubahan Iklim dan Taksonomi berasaskan prinsip, terbitan Rangka Kerja Penilaian Impak Pembiayaan dan Pelaburan Pengantara Berasaskan Nilai dan penyiapan laporan mengenai peranan bank pusat ASEAN dalam menguruskan risiko iklim dan alam sekitar.
"BNM telah menerima banyak manfaat menerusi kerjasamanya dengan NGFS sejak hari pertama keanggotaannya," kata beliau.
Chew berkata pengurusan risiko iklim dalam sektor kewangan terus kekal, dalam pelbagai aspek, bidang amalan baharu di Malaysia.
Beliau berkata menerusi penglibatan dengan NGFS, bank itu berupaya membangunkan keupayaan dalaman dan pengetahuannya secara lebih cepat dengan menyertai kerja-kerja teknikal yang mendalam dan memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman luas komuniti NGFS.
"Sebagai sebahagian daripada komuniti itu, kami berusaha membawa perspektif ekonomi yang sedang membangun untuk pertimbangan dan penerbitan NGFS," katanya.
Menurut Chew, menerusi penglibatan dalam pelbagai kajian, kerja teknikal dan acara-acara yang dianjurkan NGFS, bank itu berharap dapat mengetengahkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh negara-negara membangun.
Beliau berkata ini termasuk penggantian antara menguruskan peralihan dan risiko fizikal, cabaran pelaksanaan mengenai strategi mitigasi dan penyesuaian iklim untuk memastikan NGFS kekal inklusif dan relevan.
Bagi BNM, memahami risiko iklim dan mengambil tindakan untuk memberi respons kepada risiko iklim bukanlah satu pilihan.
"Mengambil kira cabaran besar yang kita hadapi, agak melegakan bahawa kita tidak sendirian (dalam menghadapinya). Hanya menerusi kerjasama di dalam dan merentasi sempadan, kita dapat menangani cabaran itu dengan penuh tekad dan keyakinan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 30 2020
BNM telah menerima banyak manfaat menerusi kerjasamanya dengan NGFS sejak hari pertama keanggotaannya. - Gambar hiasan
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).