Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan sepanjang sesi hari ini dengan indeks barometer meningkat 0.38 peratus ketika ditutup, dipacu oleh kenaikan dalam kebanyakan saham kewangan mewah serta sentimen lebih baik di peringkat domesik, didorong faktor luaran, khususnya keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS).

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.54 mata kepada 1,721.42 daripada 1,714.88 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka 11.08 mata lebih tinggi kepada 1,725.96 dan bergerak antara 1,718.47 dan 1,726.10 sepanjang hari.

Keseluruhan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 475 berbanding 357, manakala 361 kaunter tidak berubah, 660 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.28 bilion unit bernilai RM2.29 bilion berbanding 2.32 bilion unit bernilai RM2.5 bilion semalam.

Peniaga berkata, indeks utama itu memulakan semula minggu ini selepas cuti umum sempena perayaan Deepavali pada Selasa dengan aliran kukuh setelah mengambil petunjuk daripada prestasi serantau yang positif.

"Prestasi cemerlang lain dalam pasaran semalaman AS telah didorong oleh hasil keputusan pilihan raya pertengahan penggal negara itu, sekali gus mendorong pasaran tempatan dan pada masa sama pasaran ekuiti global juga mencatatkan aliran menaik," katanya.

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM9.32, PBBank meningkat 10 sen kepada RM24.70, CIMB bertambah satu sen kepada RM5.69 dan HLBank menokok enam sen kepada RM20.66.

Secara terkumpul, semua kaunter ini menyumbang 1.89 mata kepada indeks komposit.

Antara kaunter lain yang berkaitan indeks ialah Tenaga, yang meningkat 12 sen kepada RM14.94, PChem tidak berubah pada RM9.70, Maxis naik 11 sen kepada RM5.51 manakala IHH turun satu sen kepada RM4.99.

Saham aktif, Hubline dan NovaMSC masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen dan 13 sen, DNex turun satu sen kepada 37.5 sen, dan Dayang menokok 6.5 sen kepada 58.5 sen.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 58.92 mata kepada 12,124.40 sementara Indeks FBM Emas menambah 46.80 mata kepada 11,940.82 dan Indeks FBM Ace menokok 28.12 mata kepada 5,012.78.

Indeks FBMT 100 naik 44.52 mata kepada 11,780.68 dan FBM 70 bertambah 51.91 mata kepada 13,960.91.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 2.13 mata kepada 7,369.23 namun Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.53 mata kepada 175.20 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 65.56 mata kepada 17,297.04.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.53 bilion unit bernilai RM2.12 bilion daripada 1.64 bilion unit bernilai RM2.34 bilion yang dicatatkan semalam.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 367.57 juta unit bernilai RM87 juta daripada 380.09 juta unit bernilai RM94.92 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE sebanyak 377.16 juta saham bernilai RM82.12 juta berbanding 304.01 juta saham bernilai RM61.03 juta semalam.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 22.72 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (374.8 juta), pembinaan (58.46 juta), teknologi (240.64 juta), SPAC (1.69 juta), perkhidmatan kewangan (37.96 juta), hartanah (107.31 juta), perladangan (26.0 juta), REIT (7.33 juta), dana tertutup (25,100), tenaga (281.25 juta), penjagaan kesihatan (35.02 juta), telekomunikasi dan media (64.53 juta) ) serta utiliti (23.71 juta).

-- BERNAMA