Perdana Menteri United Kingdom memberi gambaran bahawa kerajaan berkemungkinan melanjutkan tempoh peralihan dari Kesatuan Eropah (EU) atau "Brexit" hingga akhir tahun 2021.

Susulan ini, PM Theresa May menghadapi kecaman domestik dari "Brexiteers" atau pihak-pihak yang mahukan negara beliau (UK) keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Pegawai EU berkata May mencadangkan beliau "bersedia untuk mempertimbangkan" penangguhan peralihan Britain keluar dari Kesatuan Eropah untuk satu lagi tahun bagi membolehkan lebih banyak masa untuk menyelesaikan kebuntuan berhubung sempadan Ireland.

Ini bermakna UK kekal dalam pasaran tunggal dan kesatuan kastam serta tertakluk kepada peraturan EU selama hampir tiga tahun selepas tarikh rasmi Brexit pada Mac 2019.

Ini juga menjadikan tempoh peralihan Brexit menjadi lebih daripada lima tahun selepas undi referendum untuk meninggalkan blok berkenaan.

Brexiteers kini kian resah.

Spekulasi bertiup kencang mengatakan konsesi akan menangguhkan Brexit apabila UK boleh menandatangani perjanjian perdagangan baru di seluruh dunia dan bermakna pembayar cukai akan membayar berbilion Pounds kepada Kesatuan Eropah.

Dengan hanya 160 hari tinggal sebelum tarikh rasmi Brexit menjelang, May menggesa Blok EU27, iaitu blok yang terdiri daripada 27 negara-negara Kesatuan Eropah, untuk mencari jalan "kreatif" untuk keluar dari dibelenggu dilema.

Sebelum itu, beliau turut mengeluarkan kenyataan perpaduan kepada menteri-menteri sejawatnya di EU, dan mengesa mereka untuk "berdiri bersama" demi kesepakatan Brexit.

Pegawai UK menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak mencadangkan sebarang pelanjutan untuk tempoh yang telah dipersetujui masa kini.