Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengesahkan wujud ketidakseimbangan permintaan dan penawaran dalam pasaran hartanah negara yang terus meningkat sejak 2015.

Bank pusat itu melaporkan, rumah tidak terjual meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun untuk unit bernilai RM250,000 ke atas.

Ini susulan harga rumah baharu yang tinggi berbanding jumlah harga rumah yang mampu dimiliki oleh isi rumah di Malaysia.

Menurut laporan itu lagi, pada tempoh 2016 ke suku pertama 2017 hanya 21 peratus daripada rumah dilancarkan adalah berharga RM250,000 ke bawah.

Didapati negeri dengan jumlah rumah paling tinggi tidak terjual adalah Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Manakala negeri dengan harga rumah ‘Paling Tidak Mampu Milik' adalah Pulau Pinang dan Sabah.

Laporan turut menyebut lebihan penawaran hartanah pejabat dan komersial meningkat tinggi, dan mampu mencecah tahap semasa Krisis Kewangan Asia.

Dalam Laporan Ketidakseimbangan Dalam Pasaran Hartanah yang dikeluarkan dengan Laporan Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Ketiga 2017.