Ringgit hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun berbanding dolar AS pada hari terakhir dagangan 2019, susulan dolar yang menyusut nilai selain kemajuan dalam rundingan perdagangan AS dan China.
Ringgit didagangkan pada 4.0980/1010 berbanding dolar AS daripada 4.1045/1085 pada penutupan semalam, nilai tertinggi sejak 30 Jan.
Ketua Strategi Pemasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes, berkata ringgit menjejaki yuan China yang kukuh, disokong oleh jangkaan perjanjian perdagangan fasa pertama AS-China akan ditandatangani awal tahun depan.
"Yuan adalah barometer paling penting dalam memahami pergerakan dolar AS secara lebih luas, di tengah-tengah pertikaian perdagangan US-China, manakala dolar dijangka didagangkan lebih rendah dalam tempoh beberapa bulan akan datang," katanya kepada Bernama.
Innes berkata peniaga, bagaimanapun, terus berhati-hati terhadap ringgit, di tengah-tengah persekitaran luaran yang agak lemah.
"Ringgit juga semakin mengekori prestasi tinggi mata wang lain," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0389/0430 dari 3.0424/0458 semalam namun menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.7665/7703 daripada 3.7608/7655.
Mata wang tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3749/3793 daripada 5.3839/3908 dan tinggi berbanding euro kepada 4.5914/5956 daripada 4.5966/6019.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 31 2019
Ringgit didagangkan pada 4.0980/1010 berbanding dolar AS daripada 4.1045/1085 pada penutupan semalam, nilai tertinggi sejak 30 Jan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Ringgit cecah paras tertinggi susulan perjanjian perdagangan US-China
Ringgit hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun berbanding dolar US pada hari terakhir dagangan 2019.