RHB Bank Bhd akan menggulung operasi perniagaannya di Hong Kong.
Bank itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata anak syarikatnya di pulau itu secara beransur-ansur akan memberhentikan tawaran perkhidmatan kewangan kepada pelanggan sedia ada dan yang berpotensi.
"Persekitaran operasi pembrokeran yang semakin mencabar di Hong Kong telah mengakibatkan kerugian direkodkan bagi Kumpulan RHB Hong Kong. Akibatnya, ia tidak lagi berdaya maju untuk meneruskan operasi perniagaan.
"RHB Investment Bank, sebagai pemegang saham Kumpulan RHB Hong Kong akan menyediakan sokongan yang diperlukan bagi memastikan penggulungan operasi perniagaan mereka berjalan secara tersusun," katanya.
Cadangan penutupan tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham RHB Bank atau mana-mana pihak berkuasa.
Katanya, penutupan ini akan membenarkan RHB Investment Bank untuk menumpukan usaha dan sumber bagi memacu pertumbuhan jangka panjang di pasaran ASEAN yang lain, sejajar dengan strategi Kumpulan Perbankan RHB yang lebih besar.
Tanpa mengambil kira sebarang keadaan yang tidak diduga, cadangan penutupan itu dijangka siap pada suku kedua 2020.
Pemberhentian operasi tersebut tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas aset atau penggearan atau pendapatan syarikat yang disatukan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 05 2019
Cadangan pemberhentian operasi RHB di Hong Kong tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham RHB Bank atau mana-mana pihak berkuasa. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Anak syarikat KKDW ditutup, Zahid dedah butiran lanjut di Parlimen
Zahid akan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut di Parlimen.
Anak syarikat Capital A terima kelulusan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah
Kelulusan organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 EASA ini merupakan piawaian tertinggi bagi penyelenggaraan penerbangan.
Anak syarikat Serba Dinamik ingkar bayar RM14.63 juta bagi pembiayaan, ekuiti berjangka
Bagi PBB, tarikh keingkaran bayaran pinjaman SDSB adalah pada 3 Feb, 2023 dengan jumlah RM528,215.91 setakat 10 Jan, 2023.
Cadangan penjualan AmGeneral Insurance kepada Liberty Insurance dengan nilai RM2.29 bilion
Cadangan penjualan itu akan menjadikan AMMB memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam perniagaan LIB dan AGIB.
COVID-19: Selangor peruntuk lebih RM200 juta untuk beli vaksin
Kerajaan negeri telah sediakan peruntukan RM100 juta dan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Selgate dan SelCare memerlukan paling minimum RM120 juta lagi.
CEO anak syarikat kerajaan negeri Perak dibebas dengan jaminan
Seorang CEO sebuah anak syarikat milik kerajaan Negeri Perak yang ditahan SPRM dibebaskan dengan jaminan.
Tuduhan terhadap Top Glove tidak berasas - Saravanan
Kebanyakan tuduhan terhadap Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) termasuk dakwaan terbabit dalam penggunaan buruh paksa adalah tidak berasas.
PKNS sasar 100 unit hartanah mampu terjual menerusi program 'PKNS X HOMES'
Program berkenaan turut memperkenalkan inisiatif baharu 'PKNS X LINE' dan 'PKNS X SQUAD' bagi memudahkan orang awam mendapat khidmat nasihat mengenai proses jual beli produk hartanah perbadanan.
TH fokus enam aspek perkasa institusi termasuk tadbir urus
Agenda utama TH itu turut melibatkan pemerkasaan pentadbiran deposit, pengurusan haji, sumber manusia dan pengukuhan anak syarikat.
RHB tutup operasi perniagaan di Hong Kong
Anak syarikatnya di pulau itu secara beransur-ansur akan memberhentikan tawaran perkhidmatan kewangan kepada pelanggan sedia ada dan yang berpotensi.