SME Bank berjaya merangkul dua anugerah pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Institusi-Institusi Kewangan dan Pembangunan di Asia dan Pasifik (ADFIAP) ke-41.

Anugerah tersebut termasuk kategori Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terbaik melibatkan rancangan SUKSES terbitan Astro Awani dengan kerjasama SME Bank.

Anugerah yang disampaikan di New Delhi, India itu mengiktiraf program SUKSES yang membawakan cerita kejayaan PKS Malaysia serta peranan SME Bank dala membangunkan industri PKS negara.

“Melalui program SUKSES kami berharap ia menjadi sumber inspirasi buat usahawan PKS untuk tidak mudah putus asa dalam membangunkan perniagaan mereka,” kata Ketua Pegawai Operasi (Perbankan) SME Bank , Datuk Kamaluddin Ismail.

Sementara itu SME Bank turut menerima anugerah Laporan Kemampanan Terbaik sekaligus menjadi ia satu bentuk testimoni terhadap usaha bank itu menjadi sebuah organisasi yang teguh dan mampan.

ADFIAP merangkumi 131 ahli dari 45 negara melibatkan semua bank pembangunan dan institusi kewangan yang terlibat di dalam pembiayaan kewangan pembangunan di dalam kawasan Asia Pasifik.

SUKSES bersiaran di Astro Awani setiap Jumaaat 8.30 malam merangkumi 44 episod.