Izwan Zainuddin dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang baharu berkuat kuasa Selasa.

PUNB dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pelantikan Izwan adalah bagi menggantikan Datuk Azhar Haji Ahmad yang meletak jawatan pada 15 Okt 2018.

Izwan memperoleh Ijazah Sains Kewangan dari Oklahoma State University dan Diploma dalam Perniagaan Tani dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Beliau pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi Debt Venture di yCreative Ventures Sdn Bhd, cabang pelaburan kerajaan bagi merangsang industri kreatif Malaysia dalam bentuk pembiayaan menerusi ekuiti atau hutang.

PUNB dalam satu kenyataan pada Isnin berkata pelantikan Izwan adalah bagi menggantikan Datuk Azhar Haji Ahmad yang meletak jawatan pada 15 Okt 2018.
Pengerusi PUNB Datuk Hazimah Zainuddin dalam kenyataan itu berkata beliau mengalu-alukan sumbangan Izwan dalam mengukuhkan daya tahan organisasi itu serta merealisasikan mandat untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat usahawan Bumiputera.