PAD Motors Sdn Bhd, pengedar utama Proton Holdings Bhd di Brunei, melancarkan Proton Persona 1.6L baharu dan Proton Saga 1.3L generasi ketiga untuk jualan pada minggu lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata beliau gembira apabila Persona dan Saga baharu itu, yang meraih sambutan baik di Malaysia, turut menarik minat pengguna di Brunei.
"Persona dan Saga direka bentuk dengan baik, mempunyai nilai terbaik untuk kereta - kemampuan, keselamatan dan lengkap dengan ciri-ciri praktikal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pengguna Brunei merupakan yang pertama, di luar Malaysia, mengalami pengalaman kereta buatan Malaysia.
Model Persona dan Saga baharu itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang terbaik serta menerima penarafan Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (ASEAN NCAP) masing-masing lima bintang dan empat bintang.
Kereta tersebut kini tersedia untuk pandu uji dan tempahan di semua outlet Proton di Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2017
PAD Motors Sdn Bhd, pengedar utama Proton Holdings Bhd di Brunei, melancarkan Proton Persona 1.6L baharu dan Proton Saga 1.3L. - Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Perodua Myvi baharu dapat pensijilan keselamatan lima bintang
Perodua Myvi baharu telah menerima penarafan keselamatan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).
Myvi baharu lebih murah, banyak teknologi baharu
Perodua menyasarkan jualan 6 ribu unit sebulan model Myvi terbaharu yang dilancarkan hari ini, dengan sejumlah 5 ribu tempahan sudah diterima sejak ia dibuka kepada umum bermula 9 November lepas.
Proton lancar Pesona, Saga baharu di Brunei
PAD Motors Sdn Bhd, pengedar utama Proton Holdings Bhd di Brunei, melancarkan Proton Persona 1.6L baharu dan Proton Saga 1.3L generasi ketiga untuk jualan pada minggu lepas.
Proton tutup tirai 2016 dengan pelancaran MPV Ertiga
Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu diperkenalkan melalui kerjasama Proton dengan Suzuki Motor Corporation dari Jepun.
Wujud salah faham mengenai 'top tether' model Saga - Proton
Proton mengumumkan terdapat salah faham mengenai 'top tether' ASEAN NCAP yang secara tersilap dikeluarkan daripada model Saga.
Proton jamin kereta keluarannya penuhi piawaian keselamatan kawal selia
Proton akan meneruskan usaha untuk meningkatkan produk dan perkhidmatannya serta membuat penambahbaikan mengikut keperluan.