Proton Holdings Bhd (Proton) berharap dapat mengumumkan rakan strategik asingnya pada April ini atau selewat-lewatnya akhir Jun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata setakat ini, tiga syarikat sudah disenarai pendek dan sedang menjalankan proses sewajarnya membabitkan Proton.
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan atau memberi sebarang petunjuk berhubung identiti ketiga-tiga syarikat automotif terbabit atau negara asal masing-masing.
"Ini merupakan satu transaksi sukar bagi sebuah industri kompleks yang sudah semestinya akan memakan masa.
"Malah, apabila mereka mengemukakan cadangan masing-masing pada kemudiannya, kami masih perlu melakukan pelbagai proses penilaian, penjelasan serta mungkin juga rundingan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini hari ini selepas Proton menerima akreditasi sebagai pusat sehenti program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi tujuan latihan kemahiran dalam bidang automotif.
Proton ketika ini melaksanakan proses permintaan untuk cadangan mencari rakan strategik yang boleh menyediakan aspek strategik, operasi dan budaya secara tetap dengan matlamat untuk mengembangkan perniagaan automotifnya.
Ahmad Fuaad berkata Proton dijangka menerima cadangan lengkap daripada pihak berkenaan mulai Februari ini dan akan membuat pengumuman selepas pemilihan akhir itu dilakukan.
"Mungkin juga kami perlu mengadakan rundingan lanjut sebelum membuat keputusan muktamad. Namun, adalah diharapkan majlis menandatangani (persetujuan) itu dapat dilakukan sebelum akhir separuh pertama tahun ini," katanya.
Jelasnya, urus niaga itu turut membabitkan Proton sebagai satu kumpulan, termasuk Lotus Group yang juga unit milik penuhnya.
Selain itu, mengulas program SLDN berkenaan, Ahmad Fuaad menyifatkannya sebagai pengiktirafan terhadap komitmen Proton bagi membangunkan serta melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran, sejajar matlamat kerajaan untuk mentransformasi sistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional negara.
"Sebagai pengeluar kereta nasional, tanggungjawab kami bukan setakat membina kereta tetapi juga menjadi antara penggerak utama pembangunan modal insan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
Proton berharap dapat mengumumkan rakan strategik asingnya pada April ini atau selewat-lewatnya akhir Jun depan. - Gambar fail
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
UMW Holdings catat keuntungan bersih RM101.3 juta suku ketiga 2020
Prestasi positif ini disumbang ketiga-tiganya segmen perniagaan utamanya yang mencatatkan peningkatan.
Proton lancar Pesona, Saga baharu di Brunei
PAD Motors Sdn Bhd, pengedar utama Proton Holdings Bhd di Brunei, melancarkan Proton Persona 1.6L baharu dan Proton Saga 1.3L generasi ketiga untuk jualan pada minggu lepas.
Proton dijangka umum rakan strategik asing April ini
Proton Holdings Bhd (Proton) berharap dapat mengumumkan rakan strategik asingnya pada April ini atau selewat-lewatnya akhir Jun depan.
Sokongan kerajaan jadi pemangkin pelan pemulihan, kata Proton
Proton Holdings Bhd berkata sokongan kerajaan akan menjadi pemangkin kepada pelan pemulihan syarikat, yang merangkumi pelancaran tiga model baharu pada tahun ini, bermula dengan Perdana.