Bayangkan prajualan Islamic Audio Device yang merangkumi bacaan al-Quran di Facebook Live mencecah RM1 juta dalam masa 1 jam 32 minit.
Pengasas syarikat bumiputera, MommyHana, Hana Shahadan, sambutan itu mencatat rekod baru pihak yang menjalankan jualan atas talian dan sebelum ini terkenal dengan buku islamik interaktif Ebookku by MommyHana.
MommyHana yang baru dua tahun ditubuhkan juga mencatat jualan Ebookku by MommyHana lebih dari 200,000 unit.
"Produk baru yang akan dilancar Ramadan ini, Islamic Audio Device atau pun lebih mudah dikenali dengan Quran MommyHana adalah satu alat yang membantu dan melatih semua orang untuk mendengar alunan al-Quran setiap hari.
"Alat yang tiada radiasi ini juga dilengkapi dengan bunyi yang menenangkan seperti alunan ombak, lullaby, white noise, mozart , lagu-lagu dari rancangan kanak-kanak, Omar & Hana dan juga lagu-lagu khas zikir MommyHana.
"Qari terkenal Indonesia, Ustaz Muzammil Hasballah yang mengalunkan bacaan surah-surah al-Quran di dalam Islamic Audio Device tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Jelasnya, zikir-zikir merdu dari MommyHana juga adalah alunan ayat-ayat suci yang ringkas dan mudah diikuti sesuai untuk melatih anak-anak supaya berzikir dari usia yang muda.
"MommyHana juga baru sahaja berkolaborasi dengan Omar & Hana sebagai rakan kongsi penaja pada tahun 2019 dan 2020.
"Kolaborasi ini bakal menempa nama Malaysia untuk menembusi pasaran-pasaran asia dan dunia dimana kartun Omar & Hana sendiri sudah terkenal di beberapa negara di dunia seperti Indonesia, Brunei, Singapore dan Qatar," ujarnya.
Maklumat berkenaan produk berkenaan boleh diperoleh dari laman Facebook Hana Shahadan dan mommyhanababyshop atau Instagram mommyhana_official dan mommyhanababyshop selain di laman sesawang www.mommyhana.com
MommyHana kini mempunyai hampir 3,000 pengedar sah dalam negara dan menyasarkan tiga kali ganda peningkatan tahun ini.
Astro Awani
Thu Apr 18 2019
MommyHana yang baru dua tahun ditubuhkan juga mencatat jualan Ebookku by MommyHana lebih dari 200,000 unit. - Foto fail
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Neelofa terkejut Bilal mampu hafal ayat pertama surah Yasin
Neelofa melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal dilihat gemar menghafal surah-surah lazim dalam Al-Quran.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Makna, hikmah dan rahsia malam lailatulqadar
Berdasarkan nas terdahulu, ulama berpendapat, sebaik-baik amalan soleh adalah pada malam Qadar yang mana ia lebih baik daripada 1,000 bulan.
Al-Quran terjemahan dalam bahasa Dusun pertama dilancarkan di Sabah
Terjemahan al-Quran ke dalam bahasa Dusun itu telah dicetak sebanyak 10,000 naskah dan diedarkan secara percuma.
Nuzul al-Quran: PM Anwar ajak umat Islam tekuni kupasan, tafsir al-Quran
Beliau berkata umat Islam dituntut memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
Semarakkan masjid dan surau, rapatkan ukhuwah di bulan Ramadan
Fahmi turut mengajak umat Islam meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sempena bulan penuh berkat ini.
'Jangan membangun sambil merobohkan' - Anwar
Malaysia tidak berpandukan teori ekonomi barat, sebaliknya mengikut apa yang diterapkan Al-Quran iaitu nilai, etika dan moral dalam pembangunan.
Replika jubah Nabi Adam antara tarikan Festival Seni Al-Quran
Replika jubah Nabi Adam setinggi 60 hasta adalah antara tarikan utama buat pengunjung Festival Seni Al-Quran Restu Global di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya yang akan bermula dari 23 Feb
Abbas bawa Al-Quran pada pertemuan pertama dengan Alana
YouTuber kelahiran Scotland, Alana Dee Dunsmore dan pelakon Abbas Mahmood sempat berkongsi detik indah pertemuan mereka.