Perang perdagangan secara besar-besaran antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia, memperlahankan pertumbuhan sektor eksportnya sebanyak satu hingga dua peratus, kata Ketua Ekonomi Affin Hwang Capital Alan Tan Chew Leong.
Beliau menjangka kesannya akan dirasai jika pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan rakan sejawatannya, Xi Jinping pada Sidang Kemuncak G-20 di Tokyo gagal mencapai keputusan positif untuk meredakan pertikaian perdagangan itu.
"AS mungkin terus mengenakan tarif ke atas semua eksport China dan Beijing akan memberi tindak balas. Rantaian bekalan akan terjejas, bukan hanya di kedua-dua negara tersebut tetapi perdagangan global secara keseluruhan.
"Malaysia adalah ekonomi terbuka, amat bergantung kepada perdagangan dan kini menyaksikan penggantian perdagangan yang positif dan peralihan dari AS ke Malaysia dalam jangka masa pendek, tetapi dalam jangka masa panjang, sektor eksport Malaysia akan terjejas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Malaysian Association of Asset Managers- International Institutional Investors Series di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, beliau menjangka permintaan domestik akan kekal kukuh dan terus menyokong ekonomi Malaysia dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK).
"Permintaan domestik terutamanya, daripada pelaburan swasta, pelaburan awam dan penggunaan swasta akan menyediakan penampan dalam pertumbuhan eksport yang perlahan," katanya.
Beliau berkata ketegangan perdagangan yang meningkat juga boleh membawa kepada kemungkinan KDNK global merosot, menjadikannya hampir kepada kemelesetan di seluruh dunia, dan di rantau ini sebanyak tiga peratus.
"Panduan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jika ketegangan perdagangan global meningkat, KDNK global akan menjadi 0.5 mata peratusan. Mengandaikan hari ini, kita menyaksikan pertumbuhan KDNK global sebanyak 3.6 peratus pada 2020, 0.5 mata peratusan akan membawa KDNK global kepada 3.1 peratus adalah amat hampir kepada tahap kemelesetan global," katanya.
Katanya bagi Malaysia, bank mempunyai andaian kes asas sebanyak 4.5 peratus pada 2019 dengan pertumbuhan sama pada 2020, jika tiada peningkatan dalam ketegangan perdagangan global.
"Bagaimanapun, jika ia meningkat (ketegangan perdagangan), kita mungkin menyaksikan pertumbuhan (Malaysia) sebanyak empat peratus pada tahun depan dan kemungkinan merosot di bawah empat peratus berikutan China adalah rakan dagang utama kita.
"Bagaimanapun, kami berpendapat wujud kompromi antara kedua-dua pemimpin tersebut (Donald Trump dan Xi Jinping pada pertemuan mereka di Sidang Kemuncak G20 di Tokyo), di mana Memorandum Persefahaman tertentu akan diumumkan," katanya.
Alan berkata walaupun tarif yang lebih tinggi mungkin tidak ditarik balik dengan segera susulan daripada pertemuan di Jepun, "persetujuan daripada dua ekonomi gergasi itu akan menghalang peningkatan perang perdagangan."
Jika eksport Malaysia terjejas disebabkan ketegangan perdagangan, harga komoditi yang rendah manakala import barangan modal dan barangan penggunaan terjejas, ia akan memberikan tekanan penurunan kepada kedudukan lebihan akaun semasa Malaysia, kata Alan.
Katanya akaun semasa tidak akan merosot kepada defisit tetapi ia akan berkurangan, memberi tekanan kepada ringgit dan kedudukan rizab negara, bagaimanapun pakar ekonomi itu turut menegaskan dengan eksport Malaysia yang pelbagai, ia tidak mungkin berlaku.
"Walaupun jika eksport elektronik perlahan, ini akan diimbangi oleh produk berkaitan petroleum yang lain. Kita juga akan menyaksikan harga minyak kukuh yang akan membantu eksport negara," kata Alan.
Dalam perkembangan lain, katanya penting bagi kerajaan meneruskan pengukuhan fiskal untuk menunjukkan komitmennya kepada disiplin fiskal.
"Sebelum krisis, adalah lebih baik bagi kerajaan menjaga kedudukan defisit semasa fiskal. Apabila tiba masanya, mereka boleh memperkenalkan langkah rangsangan fiskal baharu untuk menyokong ekonomi domestik," katanya.
Katanya beliau yakin selepas setahun mentadbir, kerajaan semasa akan menumpukan kepada menyediakan sokongan yang terbaik kepada ekonomi, terutamanya semasa tempoh tidak menentu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2019
ALAN TAN: Kami berpendapat wujud kompromi antara Donald Trump dan Xi Jinping pada pertemuan mereka di Sidang Kemuncak G20 di Tokyo, di mana Memorandum Persefahaman tertentu akan diumumkan. - Gambar fail
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
Kegiatan sindiket penyeludupan babitkan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 500,000 pengembara Singapura ke Malaysia sehari
Lebih 500,000 pengembara dilepaskan menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura pada menjelang cuti panjang hujung minggu Good Friday.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.
[TERKINI] Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Kumpulan Sunway kongsi nikmat ramadan melalui jelajah Sinar Ramadan 2024
Bersempena ulang tahunnya yang ke-50, Kumpulan Sunway menjalankan siri jelajah ke lima negeri bagi berkongsi nikmat sebenar ramadan kepada lebih 4,000 golongan kurang berkemampuan.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas satu operasi bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) awal minggu ini.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang dengan syarat
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Pembangunan LRT tidak ancam George Town
Pembangunan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang tidak akan mengancam kedudukan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Perang perdagangan AS-China akan perlahankan eksport Malaysia - Penganalisis
Bagaimanapun, Alan Tan menjangka permintaan domestik akan kekal kukuh dan terus menyokong ekonomi Malaysia dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK).