Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kerajaan negeri Sarawak telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan sebelum menubuhkan Petros.

Beliau menambah, Petros juga tidak akan memulakan operasinya bersendirian.

“Ini merupakan satu perkara baru, walaupun kita mempunyai kemahiran kerana ramai antara mereka (rakyat Sarawak) telah bertugas di Semenanjung.

“Jadi kita percaya akan berlangsungnya kerjasama antara kerajaan persekutuan, melalui Petronas, bersama kerajaan negeri, melalui syarikat baru ini,” katanya.

Saksikan temu bual eksklusif Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dalam Hari Ini 8: