Penang Port Sdn Bhd (PPSB) yang 49 peratus milik MMC Port Holdings Sdn Bhd memperuntukkan RM180 juta untuk perbelanjaan modal (capex) tahun ini berbanding RM40 juta pada 2017, terutama bagi memperluaskan segmen perniagaan kontenanya.
Ketua Pegawai Eksekutif, Sasedharan Vasudevan berkata, PPSB merancang untuk membeli dua lagi kren gantri jeti, yang juga dikenali sebagai kren kapal ke pantai, untuk meningkatkan kapasiti pengendalian kontena bagi menampung permintaan masa depan.
"Selaras dengan pengembangan itu, kami menyasar untuk meningkatkan kapasiti pengendalian tahunan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) kepada 2.8 juta hingga 2.9 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) berbanding dua juta TEU ketika ini.
"Kerja telah bermula dan ia akan mengambil masa kira-kira 18 hingga 20 bulan untuk disiapkan," katanya semasa lawatan media baru-baru ini ke Penang Port yang dianjurkan oleh syarikat induk MMC Port Holdings, MMC Corporation Bhd.
Sasedharan berkata, pengendalian kontena adalah operasi teras PPSB, dengan NBCT menjadi tumpuan untuknya. Segmen kontena menghasilkan hampir 68 peratus daripada perniagaan PPSB, dengan 38 peratus berasal dari selatan Thailand.
"Kami mengendalikan truput kontena sebanyak 1.523 juta TEU tahun lepas, hampir dengan kapasiti pelabuhan semasa.
"Berasaskan tahun ke tahun, truput kontena biasanya meningkat kira-kira enam peratus, kecuali pada tahun sebelumnya (2016) apabila ia meningkat hampir 10 peratus," katanya.
Sasedharan berkata, antara operasi pelabuhan MMC, PPSB mencatatkan pertumbuhan terbaik dalam truput kontena tahun lepas dan ia berhasrat mengekalkan pencapaian tersebut tahun ini.
"Untuk tahun ini, kami menyasarkan untuk mencatat 1.6 juta TEU atau pertumbuhan lima peratus berbanding 2017," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2018
Segmen kontena menghasilkan hampir 68 peratus daripada perniagaan Penang Port Sdn Bhd, dengan 38 peratus berasal dari selatan Thailand. - Gambar fail
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
396 loji rawatan kumbahan IWK dipilih bagi pemasangan teknologi solar PV
Sebanyak 396 tapak Loji Rawatan Kumbahan IWK di Semenanjung Malaysia telah dipilih secara strategik bagi pemasangan teknologi solar Fotovoltan (PV) Fasa 1.
Syarikat minyak dan gas tempatan berdaya tahan - Penganalisis
Sejak Mac, syarikat minyak dan gas tempatan sudah mengambil langkah proaktif dengan memotong perbelanjaan modal (CAPEX) mereka.
Syarikat dalam rantaian sektor minyak, gas dijangka terjejas
"Di seluruh dunia, syarikat minyak dan gas memotong 20 peratus hingga 30 peratus bajet mereka."
Petronas bakal potong RM50 bilion perbelanjaan dalam empat tahun
Petronas merancang untuk memotong sebanyak RM50 bilion bagi perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh empat tahun, lapor the Wall Street Journal.